BM | EN | 中文

Muhyiddin Yassin calon PM Bersatu

Advertisement

KUALA LUMPUR, 28 FEB: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memutuskan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri.

Keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat bersama Ahli Dewan Rakyat daripada Bersatu yang diadakan, hari ini, menurut Setiausaha Agungnya, Datuk Marzuki Yahya dalam satu kenyataan.

“Mesyuarat Ahli Dewan Rakyat Bersatu hari ini telah memutuskan untuk mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Bersatu dan Ahli Parlimen Pagoh sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk perkenan Yang Di-Pertuan Agong,” menurut kenyataan itu.

Advertisement

Semalam, Perdana Menteri interim yang juga Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau telah berbincang termasuk kemungkinan Muhyiddin menjadi calon Perdana Menteri.

“Jika semua orang pilih dia, saya ok,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top