BM | EN | 中文

Muhyiddin sudah hilang kewarasan

muhyiddin-yassin-bersatu.jpg
Advertisement

MUAR, 13 OGOS : Jelas tindakan yang dilakukan oleh Perdana Menteri (PM) Tan Sri Mahiaddin Yassin adalah gambaran bahawa beliau sudah hilang kewarasan.

Hal itu disebutkan oleh Setiausaha Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Mohd Faizul Salleh di ‘Facebook’ miliknya yang mempertikaikan berkenaan dengan tindakan yang diambil oleh Mahiaddin baru-baru ini.

“Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Yassin bukan sekadar kehilangan majoriti dalam parlimen, Tapi melihat tindakannya pada hari ini dia sebenarnya kehilangan kewarasan dalam bertindak.

Advertisement

“Bayangkan dalam suasana rakyat sangat marah, pandemik berleluasa, jangkitan tidak terkawal, dia melantik seorang penasihat bertaraf menteri.

“Kita boleh terima, rakyat boleh terima kalau dia lantik seorang pakar kesihatan, pakar jangkitan untuk membantu mengatasi masalah Covid.

“Tapi, melantik seorang insan yang bernama Faizal Azumu yang kita pun tak pasti apa latar belakang kepakarannya, saya tak tahu apa logiknya yang mampu diterima bagi tindakan ini,” jelasnya dalam video berdurasi 52 saat di ‘Facebook’nya.

Advertisement

Ketika dihubungi beliau turut memaklumkan tindakan Mahiaddin hari ini dengan membuat Mesyuarat secara tergempar dan pertemuan hanyalah demi menyelamatkan kedudukannya sahaja sebagai PM.

“Selain itu, pertemuan dan mesyuarat hari ini yang dilakukan tidak langsung membicarakan soal rakyat, apa yang diutamakan adalah soal majoriti sokongan di parlimen.

“Ini jelas menunjukkan bahawa beliau hanya mementingkan soal kedudukannya sahaja bukan soal rakyat yang sedang dalam kesengsaraan sekarang.

Advertisement

“Disebabkan tindakan tersebut ia menggambarkan bahawa, Mahiaddin (Tan Sri) telah kehilangan kewarasan beliau dalam mentadbir negara ini,” jelasnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top