BM | EN | 中文

Muhyiddin perlu perinci kos baikpulih Seri Perdana

Seri-Perdana.jpg
Advertisement

PONTIAN, 1 OKT: Kos baikpulih kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana yang menelan belanja RM 38.5 juta perlu diperincikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Penolong Setiausaha Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Zainuzabha Baharom berkata, hal itu penting kerana ia melibatkan duit dari rakyat negara ini dan ia bertujuan bagi mengelakkan dari sebarang pembaziran berlaku.

“Kos itu terlalu besar dan apa yang pasti ia dikhuatirkan berlakunya pembaziran terhadap duit negara dan ianya juga duit rakyat Malaysia.

Advertisement

“Kita faham soal keperluan namun adakah kos itu terlalu besar dalam keadaan rakyat di negara ini semakin terkesan dengan ekonomi negara yang mencabar di zaman pandemik ini?

“Pemborosan yang berlaku ini perlu dijelaskan sekiranya beliau seorang yang berani dan berada di pihak yang betul. Kita tidak mahu kos itu melibatkan kehendak bukan keperluan yang sepatutnya, jadi penyenaraian ini penting untuk rakyat mengukur sendiri kos terbabit,” jelasnya.

Terdahulu, Muhyiddin meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) tampil menjelaskan isu ubah suai Seri Perdana di Putrajaya yang menelan kos RM38.5 juta.

Advertisement

Projek membaik pulih kompleks kediaman rasmi itu bermula semasa pentadbiran Muhyiddin sebagai perdana menteri.

Kata Muhyiddin, kerja baik pulih itu dipantau rapat pasukan petugas dianggotai pegawai JKR dan JPM bagi memastikan ia dilaksanakan mengikut spesifikasi yang ditetapkan serta hasil yang berkualiti.

Kenyataan itu hadir tidak lama selepas dia ditempelak bekas perdana menteri keenam Najib Razak, gara-gara pengubahsuaian yang berlaku di tengah penularan wabak Covid-19.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top