BM | EN | 中文

“Muhyiddin ke Madinah untuk urusan haji, Menteri Agama ke sana lagi untuk apa?

Muhamad-Taqiuddin.jpg
Advertisement

PONTIAN, 15 APR: Tidak sampai 24 jam kenyataan dikeluarkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memaklumkan kerajaan sudah tidak ada wang, tindakan Menteri Hal Ehwal Agama, Dr Zulkifli Mohamad yang membuat lawatan ke Madinah menimbulkan persoalan.

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Muhammad Taqiuddin Cheman berkata, tajaan yang dikatakan oleh Menteri Agama tersebut bukanlah suatu keperluan dalam masa terdekat ini.

Ia malah dilihat sebagai suatu pembaziran apatah lagi menggunakan jet peribadi mewah dalam menguruskan soal permasalahan umat.

Advertisement

“Sebelum ini Tan Sri Muhyiddin pun telah pergi ke Madinah bagi urusan soal kuota haji mengapa perlu ada entiti lain yang membawa urusan sama.

“Apakah pertemuan Muhyiddin itu gagal? Mengapa ketika lawatan Perdana Menteri sebelum ini tidak disertai oleh Menteri Agama bagi mengurangkan belanja dalam keadaan negara memerlukan penjimatan seperti hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah musykil kata Taqiuddin, perdana menteri pada 12 April lalu menyifatkan kerajaan perlu berjimat cermat dalam perbelanjaan dilihat sebagai alasan bagi mengelakkan sebarang bantuan perlu disalurkan kepada rakyat.

Advertisement

Justeru, tindakan Menteri Agama yang menaiki kapal terbang persendirian mewah menimbulkan pelbagai sudut pandang yang bercanggah dengan kenyataan Muhyiddin sebelum ini.

“Perkara ini tidak munasabah. Sepatutnya walaupun ditaja tidak perlulah bermewah-mewah sehingga memerlukan kos yang banyak,” ujarnya.

Beliau yang merupakan Adun Pulai Sebatang turut merakamkan simpati dengan nasib rakyat yang terpaksa bergelut dalam ekonomi yang mencabar hari ini.

Advertisement

Sebelum ini Zulkifli memaklumkan lawatannya ke Arab Saudi ditaja sepenuhnya dan perkara itu sebagai menjawab ciapan kepada Twitter yang bertanyakan jumlah kos perbelanjaan untuk menyewa penerbangan ke Madinah.

Satu video mengenai Zulkifli dan rombongannya yang didakwa menaiki jet peribadi tular di media sosial dan mengundang kecaman.

Berdasarkan video yang dimuat naik akaun Twitter Bernama, Zulkifli dilihat menaiki Airbus A319, yang sememangnya memiliki varian jet korporat.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top