BM | EN | 中文

Muhyiddin jatuh kerana rakus dan ego – Ketua Umno Batu Pahat

puad-zarkashi-umno-batu-pahat.png
Advertisement

BATU PAHAT, 17 OGOS: Perdana Menteri sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin jatuh dan kehilangan jawatannya kerana sikap rakus dan ego, kata Ketua Umno Batu Pahat, Dr Puad Zarkashi.

Kata Puad, dakwaan bahawa kejatuhan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana tidak mahu berkompromi dengan “kluster mahkamah” dalam Umno adalah retorik Muhydiddin.

“Di saat jatuh masih beretorik. Muhyiddin dakwa dia tersungkur sebagai PM paling singkat kerana ada pihak yang rakus. Dia jatuh kerana prinsip. Prinsip menolak kluster mahkamah dan kleptokrasi.

Advertisement

“Kalau berprinsip sepatutnya dari awal dia menolak sokongan UMNO untuk menjadi PM ke 8. Atau dia letak syarat boleh terima sokongan UMNO kecuali kluster mahkamah.

“Dia kata berjuta rakyat tidak mahu dia letak jawatan. Dia salahkan 15 MP (ahli parlimen) UMNO yang tarik sokongan.

“Sebenarnya 15 MP itulah penyelamat. Mereka menamatkan kerajaan gagal, yang salah guna darurat dan memandulkan parlimen kerana rakus kuasa,” kata Puad dalam satu hantaran di laman Facebook beliau hari ini.

Advertisement

Tambah ahli majlis tertinggi Umno itu lagi, Muhyddin seharusnya mengikut cara bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan.

“PPBM (Bersatu) berpecah kerana kalah teruk di PRK Tg Piai. Kumpulan Muhyiddin mendesak tendang DAP sebagai punca orang Melayu tolak PPBM.

“Tun M yang tertekan mahu kerjasama dengan UMNO. Dia terima UMNO tapi tolak lapan orang, antaranya Najib, Zahid, Azeez Rahim, Ku Nan, Nazri dan Ahmad Maslan.

Advertisement

“Mujur Zahid letak syarat terima UMNO en bloc. Akhirnya Tun M letak jawatan dan kerajaan PH tumbang. UMNO sokong Muhyiddin tanpa letak syarat gugur kes mahkamah pun,” kata Puad lagi.

Justeru itu katanya, tindakan bekas Perdana Menteri Najib Razak membuat laporan polis dan ingin menyaman Muhyiddin adalah tindakan tepat.

“Biar buku bertemu ruas,” kata Puad lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top