BM | EN | 中文

Muhyiddin diumum Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Timbalan Presiden

Presiden-Timbalan-Bersatu-Muhyiddin-Faizal.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 23 OGOS: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin diumum sebagai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) secara rasmi hari ini bagi penggal 2019 hingga 2022.

Sementara itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu diumumkan sebagai Timbalan Presiden Bersatu bagi tempoh yang sama.

Kedua-dua mereka merupakan calon tunggal yang bertanding bagi jawatan berkenaan untuk penggal ini manakala jawatan bagi Pengerusi parti tidak ditandingi oleh mana-mana individu.

Advertisement

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan parti Tan Sri Syed Hamid Albar berkata tiga Naib Presiden yang dipilih pula ialah Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

“Seramai 23,438 perwakilan telah mengundi semasa persidangan bahagian yang telah berlangsung di seluruh negara semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata daripada 179 bahagian yang layak bersidang, 177 bahagian telah berjaya mengadakan persidangan manakala dua bahagian gagal bersidang kerana ketiadaan korum.

Advertisement

Menurutnya pada pemilihan julung kali diadakan itu, perwakilan turut memilih Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan 20 Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi.

Antara ahli Majlis Pimpinan Tertinggi ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Eddin Syazlee Shith dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Shabudin Yahaya.

Berikut merupakan keputusan rasmi pemilihan Majlis Pimpinan Tertinggi bagi penggal 2019-2022:

Advertisement

Pengerusi Tetap: Senator Datuk Mohd Suhaimi Abdullah

Timbalan Pengerusi Tetap: Datuk Hashim Suboh

Pengerusi: –

Advertisement

Presiden: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Presiden: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu

Naib Presiden:  Datuk Seri Ronald Kiandee

Advertisement

Dr Radzi Jidin

Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi:

Advertisement

1.Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz

2.Abdul Hakim Gulam Hassan

3.Datuk Zainol Fadzi Paharudin

Advertisement

4.Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid

5.Senator Datuk Razali Idris

6.Datuk Eddin Syazlee Shith

Advertisement

7.Datuk Seri Mustapa Mohamed

8.Wan Saiful Wan Jan

9.Azlinda Abdul Latif

Advertisement

10.Mohd Taufik Yaacob

11.Mohd Rafiq Mohd Abdullah

12.Datuk Seri Lajim Ukin

Advertisement

13.Datuk Suhaili Abdul Rahman

14.Datuk Dr Saharuddin Jamal

15.Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi

Advertisement

16.Mohd Zulkifli Zakaria

17.Mohd Yazid Mohd Yunus

18.Datuk Shahbudin Yahaya

Advertisement

19.Datuk Rosol Wahid

20.Shamsilah Siru

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top