BM | EN | 中文

Muhyiddin ditegur kerana bersenda ketika negara berdukacita

TSMY-6-Okt.png
Advertisement

MUAR, 7 OKT: Perutusan Khas Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang bersenda dalam ucapannya dianggap sebagai tidak menghormati sensitiviti rakyat di negara ini yang sedang berdukacita.

Setiausaha Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Faizul Salleh berkata, ‘gurauan’ tersebut tidak kena pada masanya kerana rakyat sedang dalam kebimbangan melihat angka kes baharu yang meningkat mendadak serta mencatatkan rekod tertinggi.

Faizul berkata, tidak seharusnya Muhyiddin bergurau atau bersenda dalam keadaan yang begitu meruncing apabila terdapat juga berita yang mendukacitakan di mana seorang bayi berusia setahun terkorban dalam isu Covid 19 semalam.

Advertisement

“Tidak sepatutnya beliau (Muhyiddin) mengeluarkan kenyataan senda seperti itu kerana situasinya akan mengundang parah di hati rakyat yang dalam kebimbangan.

“Lihat sahaja komen dan respon dari netizen yang mengecam senda tersebut. Ada yang menyatakan bahawa Perutusan Khas tersebut hanya sekadar makluman biasa, tiada suatu yang baru.

“Sebuah perutusan khas sewajarnya mengumumkan satu dasar atau tindakan baru terhadap apa yang sedang berlaku dalam negara ini.

Advertisement

Mohd Faizul Mohd Salleh

“Beliau perlu lebih sensitif dengan keadaan sekarang ini. Rakyat tidak mahu lagi senda ‘humor’nya rakyat mahu tindakan yang segera diambil oleh kerajaan bagi menangani kebimbangan mereka,” katanya ketika dihubungi.

Beliau turut membidas isu ‘abah rotan’ yang disebut Muhyiddin semalam walaupun ia sekadar gurauan dan perumpamaan, namun ianya langsung tidak menggambarkan apa yang sedang berlaku termasuk sikap berat sebelah kerajaan sebelum ini dalam mengambil tindakan kepada pesalah SOP Covid.

“Sebelum ini kita sedia maklum bahawa terdapat sikap pilih bulu di kalangan penjawat tertinggi dalam kerajaan seperti kes yang terjadi antara rakyat biasa dan menteri.

Advertisement

“Apakah kenyataan ‘abah rotan’ tersebut hanya ditujukan kepada rakyat kononnya kerajaan akan lebih tegas dalam bab memperketatkan SOP? Inilah persoalan rakyat sekarang ini.

“Kita tidak mahu SOP yang diperketatkan tersebut hanya tertakluk kepada rakyat sedang menteri sewenang-wenangnya boleh melanggar syarat atau prosedur tersebut.

“Sikap ‘double standard’ atau pilih bulu ini akan membuatkan rakyat tidak yakin dengan kemampuan kerajaan dalam menangani permasalahan Covid 19 di negara ini.

Advertisement

“Dalam beliau mengingatkan bahawa tiada “double standard” dalam pelaksanaan SOP terhadap semua rakyat Malaysia, Perdana Menteri sendiri jelas dilihat dalam sidang media tersebut tidak memakai gelang tangan yang merupakan SOP Standard bagi mana-mana individu yang mempunyai sejarah kontak rapat dengan pesakit yang dikesan positif Covid 19.

“Adakah itu yang disifatkan sebagai “tiada double standard?” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top