BM | EN | 中文

Muhyiddin ‘dipinang’, tanda Umno terdesak

muhyiddin-yassin-bersatu.jpg
Advertisement

KLUANG, 24 JUL: Kenyataan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hassan bahawa parti itu boleh mempertimbangkan semula keputusan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 2016 dilihat tindakan memujuknya untuk kembali bersama Umno.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) negeri Johor, Noor Khalim Sakib berkata, pengkhianatan Muhyiddin terhadap Pakatan Harapan (PH) dilihat sebagai tanda presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu untuk menyertai semula parti asalnya.

Noor Khalim Sakib

Kata Khalim, pelbagai persoalan timbul berdasarkan kenyataan Mohamad Hasan yang memerlukan jawapan daripada Muhyiddin.

Advertisement

“Sekiranya menyertai semula Umno, Muhyiddin selama ini berjuang hanya untuk kepentingan peribadi atau benar-benar mahu melawan rasuah yang dicanangnya sebelum ini?

“(Ini kerana) atas dasar melawan rasuah dan kleptokrasi sehingga tersingkirnya Muhyiddin dan beberapa pimpinan tertinggi Umno adalah permulaan Bersatu diwujudkan.

“Adakah adakah Umno sudah benar-benar berubah untuk menerima Muhyiddin menyertai Umno semula? Ini Muhyiddin perlu jawab,” kata Khalim.

Advertisement

Katanya, jika pelawaan Mohamad itu disambut baik, ia membuktikan selama ini Muhyiddin hanya mempermainkan ahli Bersatu sahaja.

Tambahnya, selain itu ia turut menggambarkan bahawa Bersatu semakin tersepit sehingga terpaksa membuat keputusan untuk bersama dengan Umno semula.

“Apakah Bersatu semakin tersepit sehingga Presiden mereka (terpaksa) kembali ke pangkuan Umno? Sekiranya itu terjadi ini bermakna Muhyiddin bukan sahaja mengkhianati PH malah mengkhianati partinya sendiri.

Advertisement

“Kenyataan Mohamad itu boleh dimaksudkan sebagai cara Umno untuk menguasai semula kerajaan dengan hanya mempelawa Muhyiddin selaku Perdana Menteri tanpa mempelawa ahli Bersatu yang lain,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top