BM | EN | 中文

Muhyiddin dilantik pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf menteri

muhyiddin_perikatan-nasional.jpg

Gambar Ehsan The Malay Mail

Advertisement

KUALA LUMPUR, 4 SEPT: Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf menteri.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausa Negara Mohd Zuki Ali yang juga setiausaha kabinet dalam satu kenyataan hari ini.

“Jemaah menteri dalam mesyuaratnya pada 1 September 2021 telah bersetuju untuk melantik Tan Mahiaddin Yasin, mantan Perdana Menteri ke-8 sebagai Pengerusi Mails Pemulihan Negara bertaraf Menteri.

Advertisement

“Pelantikan ini telah disembah maklum kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

“Pelantikan ini juga dibuat atas dasar keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Tan Sri Mahiaddin Yasin untuk menerajui strategi pemulihan negara, derni mencapai impak ekonomi terbaik dan rnemulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat pandernik COVID-19,” menurut kenyataan itu.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top