BM | EN | 中文

Muhyiddin cadang operasi PPV Pagoh dipindahkan

Muhyiddin-cadang-operasi-PPV-Pagoh-dipindahkan.jpg

Gambar Ehsan FB MKN Johor

Advertisement

MUAR, 24 JUN: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mencadangkan agar operasi pusat pemberian vaksin (PPV) di Dewan Serba guna Pagoh di Muar, dipindahkan ke Kompleks Sukan Pagoh bagi memberi keselesaan yang lebih baik kepada masyarakat yang datang mendapatkan suntikan vaksin mereka.

Cadangan itu disuarakan perdana menteri kepada Pegawai Kesihatan Muar Dr Noorhaida Ujang ketika meninjau operasi pemberian suntikan vaksin dan kemudahan yang disediakan di PPV berkenaan, di Muar Selasa lalu.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh mahu usaha itu dilakukan kerana melihat kemudahan di kompleks terbabit Iebih Iengkap, antaranya mempunyai kawasan letak kenderaan yang Iebih luas dan dilengkapi pendingin hawa.

Advertisement

“Kompleks di sana juga Iebih luas, ada padang dan ruangan yang Iebih selesa, jadi Perdana Menteri cadangkan untuk pindah.

“Saya pun bersetuju dengan cadangan beliau, cuma perlu ambil sedikit masa untuk menyelesaikan urusan pentadbiran kerana kompleks itu di bawah seliaan Majlis Sukan Negara.

“Kita perlu bincang dengan pengurusan mereka,” kata Dr Noorhaida kepada Bernama ketika ditemui selepas lawatan Perdana Menteri berkenaan.

Advertisement

PPV Dewan Serba guna Pagoh yang mula beroperasi pada 6 Jun lalu adalah PPV (bukan kesihatan) kedua di daerah Muar selepas Dewan Maharani dan berupaya memberikan hingga 700 suntikan sehari melalui pembabitan 50 petugas daripada pelbagai agensi kerajaan dan 20 sukarelawan.

Berdasarkan Laporan Vaksinasi COVID-19 Negeri Johor, setakat Ahad lalu (20 Jun), Muar telah merekodkan 35,490 penerima vaksin dos pertama manakala 15,719 orang sudah melengkapkan kedua-dua dos.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top