BM | EN | 中文

Muhyiddin, Azmin dikecam tak jaga penjarakan, langgar SOP

sop-gombak-muhyiddin-azmin.png
Advertisement

BATU PAHAT, 22 APR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilihat melanggar SOP ketika menghadiri program di Masjid Jamek Al Amaniah Gombak mendapat perhatian umum.

Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor, Serudin Soud berkata, tindakan Muhyiddin itu telah melukakan perasaan rakyat di negara ini.

Kata Serudin, sebagai pemimpin tertinggi Muhyiddin sepatutnya menunjukkan tauladan yang bagi kepada rakyat.

Advertisement

“Dia sendiri buat SOP dia sendiri langgar. Adakah beliau tahu rakyat sedang sengsara hari ini dengan pelbagai hukuman keatas mereka yang melanggar SOP.

“Janganlah menunjukkan tauladan yang tidak baik kepada rakyat kerana beliau merupakan pemimpin tertinggi dalam negara ini.

“Kita sebagai rakyat kesal dengan tindakan tiada penjarakkan sosial yang berlaku.

Advertisement

“Sedangkan beliau sebelum ini mengisytiharkan darurat disebabkan isu tidak boleh berkumpul ramai dalam satu program seperti parlimen,” ujarnya.

Semalam, tular gambar menunjukkan Muhyiddin tidak mengamalkan penjarakan sosial ketika menghadiri program di Masjid Jamek Al Amaniah Gombak

Menerusi gambar yang dikongsikan Adun Seberang Jaya, Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin di laman facebook, pemimpin dan jemaah terbabit tidak menjaga jarak fizikal seperti kerap ditekankan Kementerian Kesihatan.

Advertisement

Pada satu gambar lain dalam majlis sama yang tular menunjukkan orang ramai berkerumun menghadap meja makan bulat beralaskan kain songket.

Kelihatan dalam majlis itu ialah Mohamed Azmin yang juga ketua penerangan dan pengarah pilihan raya Perikatan Nasional (PN).

Serudin berkata, sekiranya tindakan itu dilakukan rakyat biasa sudah tentu mendapat kesan berbeza.

Advertisement

“Kalau rakyat biasa pastinya sudah kena kompaun, tapi sebab mereka ini kluster kayangan maka payah untuk kompaun dikenakan kepada mereka,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top