BM | EN | 中文

Muhyiddin ambil alih jawatan Ketua Bersatu Johor

muhyiddin-bersatu-PPBM.jpg

JOHOR BAHRU, 9 SEPT: Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin mengambil alih jawatan Ketua Bersatu Johor bagi mengukuhkan lagi Bersatu di negeri itu.

Perkata itu dinyatakan Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu kepada pemberita selepas menghadiri sambutan ulang tahun keempat parti itu yang diadakan di Kuala Lumpur kelmarin.

“Pandangan kami ialah ahli akar umbi, dan juga kepimpinan bahagian-bahagian negeri Johor tentunya berbangga anak Johor sendiri memimpin kerajaan persekutuan dan jadi presiden parti.

“Kita dapati jika meletak Tan Sri (Muhyidin) sebagai ketua BPN (Badan Pimpinan Negeri) di Johor tentunya akan perkuatkan lagi parti bersatu, itu tujuannya,” katanya ketika ditanya mengapa Muhyiddin, yang juga perdana menteri mengambil alih tugas berkenaan.

Afmad Faizal juga menafikan langkah itu dibuat kerana kepimpinan tertinggi melihat Bersatu menghadapi masalah di Johor.

Sebelum ini, Bersatu Johor dipimpin oleh Mazlan Bujang.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan Bersatu mengeluarkan senarai pelantikan baru parti itu termasuk anggota majlis pimpinan tertingginya, ketua-ketua Bersatu negeri dan timbalan mereka.

Senarai itu menyaksikan Faizal dilantik sebagai ketua Bersatu Perak dan Pahang, manakala Muhyiddin sendiri melantik dirinya sebagai ketua Bersatu Johor.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top