BM | EN | 中文

Mufti Wilayah Persekutuan – “Semoga Allah kurniakan hidayah kepada saudara Muhammad Sajjad”

PhotoGrid_1580954934052.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 FEB : “Saya doakan semoga Allah SWT kurniakan kebaikan, taufiq dan hidayah kepada saudara Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman dan jadikanlah umrah kali ini sebagai satu titik perubahan dalam kehidupaan anda, amin..”

Antara petikan kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi Facebook Mufti Wilayah Persekutuan susulan kontroversi umrah dilakukan ahli perniagaan itu.

Dr Zulkifli berkata, beliau mengambil maklum isu yang sedang berlaku berhubung Sajat pada sebelum, semasa menunaikan umrah di Mekah dan kini di Madinah.

Advertisement

Katanya, untuk makluman, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) tidak pernah terlibat dalam pengesahan identiti jantina beliau yang diuruskan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun 2018.

Justeru itu katanya, jika berhubung pengesahan jantina melibatkan pakar perubatan, ianya berada di bawah urusan pihak JAKIM.

Beliau juga turut berkongsi beberapa nasihat umum termasuklah meminta orang ramai memahami maksud sebenar ibadah umrah, tanggungjawab agensi umrah, jujur kepada diri sendiri, juga tidak mudah memberi komen terutama buat para nitizen.

Advertisement

“Atas rasa amanah dan tanggungjawab, PMWP mengambil inisiatif untuk bertemu pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada 3 Februari 2020 bagi mendapatkan pengesahan butiran lengkap beliau yang tersebar di media sosial.

“Berdasarkan maklumat pengesahan daftar kad pengenalan penama yang diperoleh melalui JPN, nama yang tertera adalah Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman. Jantina penama didaftarkan sebagai lelaki. Semakan lanjut pada sijil kelahiran beliau juga mendapati penama dilahirkan sebagai lelaki.

“Sehingga kini, tidak ada dokumen rasmi perubatan yang dikemukakan oleh Muhammad Sajjad bagi membuktikan bahawa beliau adalah wanita. Berdasarkan Arahan Jabatan Pendaftaran Negara Bil. 9/2007 perenggan 5.7.1., pindaan jantina dalam kad pengenalan adalah tidak dibenarkan kecuali atas perintah mahkamah,”katanya lagi.

Advertisement

Beliau juga meminta saudara Muhammad Sajjad yang kini berada di tanah suci Mekah dan Madinah agar mengambil peluang menzahirkan diri sebagai seorang lelaki dan beribadatlah kepada Allah dengan sungguh-sungguh.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top