BM | EN | 中文

Mufti Johor cadang Putrajaya had negara pengeksport daging halal ke Malaysia

Mufti-Johor-Datuk-Yahya-Ahmad.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 5 DIS: Mufti Negeri Johor Datuk Yahya Ahmad mencadangkan kerajaan Persekutuan mengehadkan bilangan negara pengeksport daging halal ke Malaysia bagi mengelak berulangnya isu kartel daging sejuk beku menggunakan cop halal palsu.

Yahya berkata, langkah berkenaan penting agar pihak berkuasa dapat mengenal pasti dan mengawal syarikat pembekal daging halal di negara terbabit untuk mematuhi standard, kualiti dan standard penarafan halal yang ditetapkan kerajaan Malaysia.

“Sudah sampai masanya, kerajaan Malaysia mengehadkan syarikat yang diberi lesen mengimport daging halal dari luar negara hanya kepada syarikat yang dimiliki oleh orang Islam, sama ada pemilikan penuh atau pemegang saham terbesar syarikat berkenaan.

Advertisement

“Hanya orang Islam yang boleh memahami sensitiviti makanan halal untuk umat Islam.

“Ketulenan halal sesuatu makanan, terutama yang melibatkan daging adalah merupakan suatu perkara yang sentiasa dijaga dan diawasi oleh masyarakat Islam,” katanya dalam kenyataan semalam

Beliau berkata, kerajaan juga diharapkan dapat menghantar pegawai pengesah halal dari Malaysia dan ditempatkan di setiap syarikat penyembelihan dan ladang ternakan lembu yang terpilih untuk membekalkan daging import ke negara ini.

Advertisement

Katanya, pegawai berkenaan akan ditugaskan untuk membuat lawatan ke ladang-ladang ternak lembu dan kilang penyembelihan milik syarikat-syarikat pengeksport secara berkala bagi memantau proses penyembelihan halal dilakukan berbanding ketika ini pegawai pengesah halal ke negara pengeskport hanya ditempatkan di pejabat kedutaan Malaysia.

Terdahulu Bernama melaporkan Yahya sebagai berkata, dalam urusan pengimportan daging halal, pihak pengimport di negara kita juga tidak lagi boleh bergantung kepada pengesahan halal dari negara pengeksport semata-mata.

Ini kerana terdapat sesetengah negara pengeksport pengesahan halal hanya dikeluarkan oleh pertubuhan masyarakat Islam di negara berkenaan.

Advertisement

“Keupayaan mereka untuk mengesahkan daging sembelihan halal mengikut standard masih tidak dapat diyakini sepenuhnya.

“Sebaliknya, perlu sentiasa merujuk bagi mendapatkan pengesahan kepada Jabatan Agama Islam negeri-negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top