BM | EN | 中文

MUDA terima lebih 7,000 ahli baru, kata Syed Saddiq

muda-syed-saddiq.jpg
Advertisement

MUAR, 21 SEPT: Ahli parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa, parti MUDA telah menerima lebih 7,000 keahlian baru.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu dalam kiriman di laman twitter beliau hari ini menulis, telah menerima 7,000 keahlian baru dalam tempoh 12 jam.

“Selepas disindir oleh Datuk Seri Nazri Aziz, kami menerima lebih 7000 ahli baru, dalam masa 12 ja,

Advertisement

“Jangan pandang rendah kebijaksanaan rakyat.

“Orang MUDA, kita kuasa penggugat yang kuat. Ayuh ‘menggugat’ bersama MUDA,” kata Syed Saddiq sambil meninggalkan tanda pagar #MUDAsudahMULA.

Dalam kiriman berasingan semalam, Syed Saddiq berkata MUDA telah berjaya mendaftarkan lebih 10,000 penggerak dalam tempoh 48 jam,

Advertisement

“Lagi disindir, lagi kami lawan,” kata Syed Saddiq.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada ulasan Datuk Seri Nazri Aziz, ahli parlimen Padang Rengas menyindir MUDA yang dikatakan tidak akan berjaya kerana menubuhkan parti yang menumpukan hanya kepada golongan muda.

Sebelum ini Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata penubuhan parti khusus untuk orang muda memberi gambaran seolah-olah golongan tersebut tidak menghormati ‘orang lama’.

Advertisement

“Tidak perlu terikut-ikut dengan sebuah parti khusus untuk orang muda seperti yang mahu ditubuhkan oleh Ahli Parlimen Muar (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman),” katanya pada pelancaran Jentera Pemuda BN Parlimen Sri Gading di Batu pada 12 September lalu.

Syed Saddiq pada 21 September lalu membuat permohonan pendaftaran parti baharu Ikatan Demokratik Malaysia (Muda Malaysia) di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Menurutnya, parti itu bertulang belakangkan oleh 13 penaja yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Advertisement

Beliau berkata, meskipun dikenali sebagai Muda Malaysia, parti itu membuka keahlian kepada semua lapisan masyarakat dan pelbagai kaum.

Katanya Muda Malaysia tidak boleh dilihat hanya pada faktor umur tetapi lebih kepada fahaman, ideologi, idealisme, dasar-dasar yang inklusif.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top