BM | EN | 中文

Mubarak Johor harap elaun wakil rakyat dinaikkan

Mubarak-Johor-harap-elaun-wakil-rakyat-dikaji-semula.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 SEPT: Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Johor berharap agar kadar elaun wakil rakyat di negeri ini dikaji semula dan dipertimbangkan untuk dinaikkan.

Yang Dipertuanya Datuk Abdullah Md Ali berkata kali terakhir kadar elaun 56 wakil rakyat negeri ini dinaikkan adalah pada 2015 dan ia dilihat jauh lebih rendah berbanding negeri seperti Sarawak, Selangor dan Pulau Pinang.

Beliau berkata pihaknya sudah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad, 15 Mei lepas, dan mendapat maklum balas cukup baik mengenainya.

Advertisement

“Kadar elaun wakil rakyat kali terakhir dipinda dan diluluskan kenaikan adalah pada 2015 iaitu daripada RM5,000 kepada RM9,000 sebulan.

Apabila kadar elaun wakil rakyat naik, maka, secara tidak langsung kadar elaun bekas wakil rakyat juga akan naik,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Mubarak Negeri Johor ke-19 oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor Datuk Samsolbari Jamali.

Advertisement

Turut hadir, Presiden Mubarak Malaysia Tan Sri Dr Abdul Aziz Rahman.

Menurut Abdullah, kenaikan elaun wakil rakyat dilihat munasabah ketika kini memandangkan tidak semua dalam kalangan mereka memiliki pendapatan lain, malah ada sebilangan hanya bergantung pada elaun berkenaan serta mengalami masalah kesihatan.

“Kita faham dalam keadaan politik sekarang susah mencapai kata sepakat, jadi, ahli politik pembangkang juga perlu menyokong usul kenaikan elaun ini demi kebajikan mereka pada masa akan datang,” katanya.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top