BM | EN | 中文

Muafakat Nasional: Pas Johor mungkin pilih haluan berbeza

Pas_Johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 19 JUL: Pas Johor berkemungkinan memilih haluan berbeza berbanding keputusan parti itu di peringkat nasional dan dilihat lebih senang bersendirian dalam menghadapi pilihanraya umum (PRU) ke-15.

Pas Johor membantu BN dan MCA dalam pilihanraya kecil Tanjung Piai

Menurut catatan seorang pemerhati politik, Dr Ismadi Abd Samad, perkara itu telah dibincangkan secara serius setelah Umno dan Bersatu mengenepikan PAS Johor dalam banyak perkara.

Ia katanya, berkaitan lantikan ahli majlis, ketua kampung serta peneraju NGO peringkat negeri Johor yang sehingga kini belum dimuktamadkan.

Advertisement

“Kenyataan salah seorang Timbalan Pesuruhjayanya yang menyebut Pas Johor sebagai lemah untuk berunding berkenaan kedudukan ahlinya dalam pentadbiran negeri di dalam satu mesyuarat yang diadakan Sabtu lalu menampakkan berlaku perselisihan faham yang sangat ketara.

“Kesabaran dan ketenangan Pas Johor mengikut rentak permainan politik UMNO yang diterajui menteri besarnya seakan sudah menghampiri garisan sempadan.

“Ramai di kalangan ahli sudah mula bersuara. Hak mentadbir kerajaan (negeri) sengaja dinafikan dengan pelbagai alasan dangkal,” kata Dr Ismadi.

Advertisement

Menurut Dr Ismadi, Pas Johor turut mengesa agar semua ahli cawangan dan kawasan untuk bersedia bersendirian, namun arahan itu tidak dimaklumkan secara rasmi.

“Ura-ura itu dilihat jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut yang sedang berlaku.

“Keengganan Menteri Besar dan Pengerusi Bersatu negeri (Johor) duduk berbincang dalam situasi menang-menang juga dianggap punca Pas Johor mengambil keputusan tersebut,” tambah Dr Ismadi lagi.

Advertisement

Dr Mazri Yahya

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Dr Mazri Yahya turut menyalin  kiriman Dr Ismadi dan menyiarkannya semula di laman Facebook beliau.

Beliau turut meninggalkan catatan dan meminta pembaca menyatakan pendirian tentang sikap Umno dan Bersatu Johor terhadap dalam isu pembahagian jawatan dan lantikan politik di peringkat negeri.

“Ini adalah pandangan Dr Ismadi yang saya tidak kenal. Pandangan yang boleh diperdebatkan.

Advertisement

“Tapi apa pula pandangan saudara? kata Dr Mazri yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Soalan dikemukakan Dr Mazri itu turut disambut dengan pelbagai reaksi.

“Selagi Umno tu Umno…maka Umno selama-lamanya….banyak pengkhianatan daripada kesetiaan…” tulis pembaca bernama Azmi Arifin.

Advertisement

“Rakyat memerhati tindakan gila kuasa dan lupa kawan… Adakah mereka masih tak berubah atau pun memang tak berniat berubah? soal pembaca bernama Muhammad Hasrul Qoorata.

Sementara itu, penulis dengan nama ‘Lan’ menyindir dan mencabar agar Pas Johor meneruskan cadangan untuk bersendirian dalam PRU ke-15.

“Orang tak sudi, kita lagi tak sudi. Dah dia rasa kuat, biar dia bersendirian,” menurut catatan itu.

Advertisement

“Tahniah PAS Johor. Biar kita berada dibawah PH semula pun. Asalkan kita tak dibuli dan dimainkan oleh orang yang anggap kita rakan seperjuangan… kononnya…,” tulis pembaca bernama Andak Koyan.

Sementara itu AJK Pas kawasan Muar, Mohd Akmal Mohd Ali turut meninggalkan komen dalam catatan itu.

“Umno Johor cerdik. Nak ambil untung atas kerjasama Perikatan Nasional (PN) pusat. Tapi pada masa sama tak nak bersama PAS untuk berkongsi.

Advertisement

“PAS ni banyak “pantang-larangnya,” kata Mohd Akmal.

Terdahulu, Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yakin pengagihan kerusi membabitkan parti dalam PN dalam menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) mampu ditangani dengan baik.

Ketika ditemui pemberita selepas melancarkan jentera pilihan raya Pas Johor, semalam Tuan Ibrahim berkata, rundingan bersama antara komponen PN akan dibincang dalam masa terdekat dan proses itu akan berjalan dengan baik.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top