BM | EN | 中文

“Muafakat Nasional Johor perlu dipulihkan jika tak ingin pilihanraya negeri” – Sumber PAS

muafakat-nasional-MN.png
Advertisement

MUAR, 22 JUL: Muafakat Nasional (MN) di Johor perlu dipulihkan sekiranya tidak mahu pilihanraya negeri (PRN) diadakan, menurut kenyataan dari satu sumber pimpinan parti PAS di negeri Johor.

Menurut kiriman di laman facebook dipercayai milik pimpinan PAS kawasan Muar, Perikatan Nasional (PN) di Johor perlu memikirkan tentang perjuangan untuk rakyat, dan bukannya untuk kepentingan peribadi.

“Antara bergerak sendirian dengan berkumpulan mana lebih kuat?

Advertisement

“Jika kumpulan kuat, pulihkan segera hubungan. Jika rasa sendirian kuat, silakan jangan hormati perjanjian,” sindir pimpinan PAS kawasan Muar, dengan nama ‘Lan’ di laman Facebook Muafakat Nasional Johor.

Pemilik akaun dengan nama ‘Lan’ itu dipercayai merupakan Roslan Abdul Rahman, pengarah pilihanraya Pemuda PAS Kawasan Muar.

Kiriman dengan nada menyindir itu dipercayai ditujukan kepada Muafakat Nasional (MN) Johor yang terdiri dari parti Pas dan rakannya, Umno.

Advertisement

“Domba tidak akan dimakan oleh serigala jika mereka duduk dalam satu kumpulan yang kuat.

“Walaupun lemah, tapi dengan kerjasama akan jadi kuat. Kalau duduk sendirian akan dimakan serigala,” katanya lagi.

Kerajaan Johor pada ketika ini diterajui Perikatan Nasional (PN), iaitu gabungan Umno, MCA, MIC dan kumpulan bekas timbalan presiden PKR, Azmin Ali manakala Muafakat Nasional (MN) adalah kerjasama Umno-Pas.

Advertisement

Pas yang mempunyai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di DUN Johor, sebelum ini dikatakan akan mengisi satu jawatan Exco, namun perkara itu tidak berlaku ketika gabungan PN-MN membentuk kerajaan negeri, Mac lalu.

Dalam pada itu Roslan menambah, pimpinan PN Johor perlu berbincang dan memikirkan nasib rakyat yang terkesan akibat COVID-19, berbanding berjuang demi kepentingan peribadi.

“Hidup dalam satu pakatan adakala pergeseran itu biasa, tapi perlu diatasi dengan toleransi dan kerjasama. Harap pimpinan PN Johor berbincang elok-elok.

Advertisement

“Lagikan lidah boleh tergigit inikan pula sesama manusia. Hormati rakan, hormati perjanjian dan hormati kerjasama berpasukan. Fikirkan anda berjuang kerana kepentingan peribadi atau rakyat?

“Harap Muafakat Nasional di Johor dapat dipulihkan dalam masa terdekat jika tidak inginkan PRN terjadi dalam masa terdekat,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top