BM | EN | 中文

MUAFAKAT KUNCI BAGI PERPADUAN – MB JOHOR

mb-johor-dr-sahruddin-jamal-adun-bukit-kepong.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 15 SEPT: Perpaduan rakyat dan kemakmuran negara yang dikecapi hari ini hanya akan dapat terus dipelihara sekiranya sikap toleransi diterapkan dalam kehidupan masyarakat.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, setiap kaum perlu menghormati sensitiviti kaum lain dengan tidak menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, ideologi, budaya dan cara hidup serta kepercayaan masing-masing.

“Usahlah menjadi api dalam sekam atau enau dalam belukar yang hanya melepaskan pucuk masing-masing. Akhirnya kalah menjadi abu dan menang menjadi arang.

Advertisement

“Sebagai bangsa Johor, kita janganlah mudah terikut-ikut dan terbawa-bawa dengan elemen-elemen yang boleh memecah belahkan kita semua.

“Sebaliknya, saya menyeru agar kita sentiasa berpegang kepada prinsip Muafakat Itu Berkat, di mana kehidupan bangsa Johor yang berlandaskan kepada semangat persefahaman, bermusyawarah, hormat menghormati dan saling bekerjasama di antara satu sama lain,” kata Dr Sahruddin.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Hari Rukun Negara peringkat negeri Johor sempena sambutan Hari Kebangsaan 2019, yang berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Utara, pagi tadi.

Advertisement

Menurut Dr Sahruddin lagi, inisiatif Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, yang turut mendapat kerjasama Jabatan Pendidikan dalam menganjurkan program penghayatan Rukun Negara ini wajar dipuji dan diperkembangkan lagi bagi melibatkan semua pihak.

Beliau yang juga Adun Bukit Kepong turut mengingatkan semua pihak bahawa Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan yang diwujudkan selepas dari tragedi 13 Mei yang telah mengganggu gugat perpaduan dan keamanan dalam negara pada ketika itu.

“Oleh itu, bertepatan dengan konsep “Di Mana Bumi Dipijak Di Situ Langit Dijunjung”, maka semua rakyat mestilah menumpukan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Raja dan Negara serta sentiasa memelihara keamanan dan kemakmuran negara.

Advertisement

“Ideologi kebangsaan ini perlu didukung oleh semua lapisan masyarakat tanpa membatasi keturunan, adat resam dan anutan agama khususnya dalam konteks menyatupadukan bangsa, membina tamadun dan negara Malaysia yang berdaulat,” katanya lagi.

 

 Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top