BM | EN | 中文

‘Muafakat itu berkat’, Putrajaya digesa contohi Johor

Dr-Sulaiman-Mohd-Nor.png
Advertisement

SEGAMAT, 1 JUN: Sudah sampai masanya Putrajaya mencontohi Johor yang melaksanakan slogan ‘Muafakat itu Berkat’, dalam usaha menangani pandemik Covid-19, kata Adun Kemelah, Dr Sulaiman Mohd Nor.

Katanya, keperluan ini amat difahami oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar apabila menitahkan supaya semua ahli parlimen dan Adun di Johor mengadakan perbincangan khas berhubung Covid-19.

“Sudah sampai masanya kerajaan persekutuan mencontohi negeri Johor yang berjaya melaksana slogan ‘Muafakat itu Berkat’.

Advertisement

“Mesyuarat yang dipengerusi oleh YAB Menteri Besar Johor telah berjaya diadakan pada Khamis 27 Mei 2021 dan akan diteruskan secara berkala pada masa akan datang.

“Kerajaan juga perlu memahami kemarahan dan tidak puas hati rakyat berkaitan pelaksanaan SOP yang dikatakan sering berubah, atau SOP dinamik menurut istilah kerajaan akibat perubahan keadaan.

“Isu lebih besar adalah kegagalan kerajaan bertindak lebih adil dari perspektif dan kacamata rakyat,” katanya ketika dihubungi.

Advertisement

Ujarnya, rakyat terpaksa membuat petisyen atas talian menyatakan rasa tidak puas hati terhadap hukuman tidak setara antara rakyat biasa dengan golongan VIP.

“Dalam banyak hal, penentuan golongan VIP perlu didakwa atau tidak, perlu melalui Jabatan Peguam Negara sedangkan rakyat biasa akan terus didenda apabila melanggar SOP“, ujarnya lagi.

Beliau juga mengingatkan pemimpin negara yang telah mengambil kuasa perlu bertanggungjawab dengan keadaan Covid-19 yang begitu kritikal dan mereka mengangkat diri mereka sebagai pemimpin atas tujuan untuk menyelamatkan rakyat.

Advertisement

“Bacaan mereka meleset kerana ramai yang telah terkorban akibat langkah-langkah salah yang telah mereka lakukan,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top