BM | EN | 中文

MT Umno cabar letak Muhyiddin ‘poster boy’ PN di Johor

Muhyiddin-Yassin_Puad-Zarkashi.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 31 JAN: Perikatan Nasional (PN) dicabar meletakkan bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin sebagai ‘poster boy’ atau pemimpin utama untuk diketengahkan dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, Mohd Puad Zarkashi, berkata “nyawa” Bersatu adalah terletak pada Muhyiddin yang menentukan hidup mati parti itu.

“Saya nak cabar Muhyiddin supaya dia kekal jadi ‘poster boy’ PN di PRN Johor. Tolong guna slogan sama macam di Melaka ‘Abah sayang Johor’.

Advertisement

“Masa enam bulan pertama jadi perdana menteri ke-8, Muhyiddin dan pengampunya mendakwa dia adalah PM paling popular.

“Rupanya selepas 17 bulan, ‘abahku’ hilang jawatan PM. Dia ‘PM gagal’,” katanya, lapor Malaysiakini.

Pada PRN Melaka Nov tahun lalu, PN mempertaruhkan Presiden Bersatu itu sebagai ‘poster boy’ mereka dengan slogan ‘Abah sayang Melaka’.

Advertisement

Pada PRN Melaka PN hanya memenangi dua kerusi iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dan Bemban.

PN dan BN menjadi seteru selepas parti itu dikatakan mengkhianati Umno pada PRN Sabah.

Dalam pada itu, Mohd Puad secara sinis berharap Muhyiddin tidak kesal dan malu kerana menubuhkan Bersatu dan cuba “membunuh” Umno.

Advertisement

“Nyawa Bersatu terletak pada Muhyiddin. Ada ‘abahku’, adalah Bersatu. PRN Johor adalah medan hidup mati Bersatu. Ia beban berat kepada ‘abahku’.

“Semoga ‘abahku’ tidak menyesal kerana tubuh Bersatu dan cuba bunuh Umno. Dia patut kesal dan malu kerana kalah dengan ahli akar umbi Umno yang kental setia dengan Umno,” katanya.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top