BM | EN | 中文

MSN Johor anjur Sukan Makmur XTIF Johor bermula 17 September

MSN-Johor-anjur-Sukan-Makmur-XTIF-Johor-bermula-17-September.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 SEPT: Majlis Sukan Negeri (MSN) Johor akan menganjurkan Sukan Makmur XTIF Johor 2021 bermula 17 September 2021 hingga 11 Disember 2021.

MSN Johor berkata Sukan Makmur XTIF Johor 2021 merupakan kesinambungan penganjuran karnival sukan untuk masyarakat umum yang dianjurkan oleh MSNJ di peringkat akar umbi pada tahun-tahun terdahulu seperti Sukan Johor dan Sukan Muafakat Johor.

“Ekoran pandemik Covid-19 yang masih membimbangkan dan akur dengan SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kerajaan Malaysia yang tidak membenarkan penganjuran sukan secara fizikal maka kerajaan Johor menerusi MSNJ mengambil pendekatan untuk menganjurkan
pertandingan secara atas talian melibatkan permainan sukan elektronik (e-sukan) atau lebih dikenali sebagai e-sports,” menurut kenyataan.

Advertisement

Menurut MSN Johor, Sukan Makmur XTIF Johor 2021 E-sports akan dilaksanakan secara atas talian melalui dua kategori iaitu Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan Player Unknown’s Battleground Mobile (PUBGM).

Jumlah hadiah keseluruhan bagi kedua-dua kategori bernilai RM124, 000.00.

Program ini juga telah mendapat kelulusan dan sokongan dari Malaysia Esports Federation (MESF).

Advertisement

Tambahnya, program ini bukan sahaja bertujuan mengisi waktu lapang para peserta dengan berfaedah dan lebih kompetitif malah melalui platform ini juga boleh mencungkil ramai bakat baru sekaligus memartabatkan pembangunan e-sports di negeri Johor.

Sukan Makmur XTIF Johor 2021 E-sports akan dipertandingkan di peringkat Parlimen dan seterusnya ke peringkat negeri.

“Sebanyak 26 parlimen akan mengambil bahagian melibatkan seramai 489, 632 orang peserta yang terdiri daripada golongan belia,” tambahnya.

Advertisement

Pertandingan kategori MLBB bagi peringkat parlimen akan berlangsung bermula 17 September 2021 hingga 12 Oktober 2021, manakala peringkat negeri akan diadakan pada 20 hingga 23 Oktober 2021.

Maklumat berkenaan program boleh diikuti menerusi laman media sosial rasmi MSNJ di Facebook dan Instagram.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top