BM | EN | 中文

MSN Johor anjur kursus sains sukan pada Ogos dan Oktober

Majlis-Sukan-Negeri-Johor.png
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 24 JUL: Majlis Sukan Negeri (MSN) Johor dengan kerjasama Akedemi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK) akan menganjurkan Kursus Sains Sukan Tahap 1 dan Tahap 2 bagi tahun 2020 pada bulan Ogos dan Oktober ini.

MSN Johor dalam satu kenyataan memaklumkan, Kursus Sains Sukan Tahap 1 (Penuh) akan diadakan pada 24 hingga 28 Ogos 2020 dengan kod kursus I(23)2020 bermula dari jam 8.00 pagi hingga 7.00 petang di Johor Bahru.

Penyertaan hanya terhad untuk 60 orang peserta.

Advertisement

Manakala Kursus Sains Sukan Tahap 2 akan diadakan pada 5 hingga 10 Oktober 2020 II(11)2020 bermula dari jam 8.00 pagi hingga 7.00 petang di Johor Bahru.

Penyertaan bagi Kursus Sains Sukan Tahap 2 ini hanya terhad kepada untuk 40 orang peserta dan akan ditutup sebaik mencapai 40 orang peserta.

Borang pendaftaran bagi kursus kejurulatihan Tahap II boleh diperolehi melalui pautan ini:

Advertisement

Kepada mereka yang berminat boleh mengajukan pertanyaan kepada Norain Idros, Penyelaras Kursus, Unit Atlet Dan Sains Sukan MSNJ.

Atau menghubungi Pejabat Majlis Sukan Negeri Johor di alamat berikut:

Aras 1,Bangunan Dato’ Mohamad Ibrahim Munsyi,79000,Kota Iskandar, Iskandar Puteri,Johor.
No. Tel : 07-266 1698
No. Fax : 07- 266 1215
No. H/P : 017-7346165
Email : norain.msnjohor@gmail.com

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top