BM | EN | 中文

MSM lantik Fakhrunniam Othman Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan

MSM-Fakhrunniam-Othman-CEO.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 9 OKT: Lembaga MSM Malaysia Holdings Bhd melantik Fakhrunniam Othman sebagai pemangku ketua pegawai eksekutif kumpulan berkuat kuasa 8 Okt, 2020, sehingga lembaga mengenal pasti calon yang sesuai bagi jawatan itu.

MSM dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata Fakhrunniam dilantik sebagai pegawai yang bertanggungjawab pada 8 Sept bagi menjalankan tugasan ketua pegawai eksekutif kumpulan apabila ketua pegawai eksekutif kumpulan diminta bercuti bermula dari 8 Sept hingga 5 Okt, 2020.

Cuti tersebut berkaitan dengan pelarasan kepada inventori hapus kira berjumlah RM36.6 juta dalam MSM Sugar Refinery (Johor) Sdn Bhd dalam Penyata Kewangan 2019.

Advertisement

“Lembaga percaya semasa tempoh interim ini, Fakhrunniam akan dapat menerajui kepimpinan untuk melaksanakan inisiatif berterusan strategi dan pelan syarikat yang telah dilaksanakan dengan gangguan minimum,” kata syarikat itu.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top