BM | EN | 中文

MSM Johor akan sambung semula pengeluaran gula bermula 4 Jun

msm-gula-johor.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 2 JUN: MSM Sugar Refinery (Johor) Sdn Bhd (MSM Johor), anak syarikat milik penuh MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) telah menyelesaikan kerja-kerja penyelenggaraan dandangnya dan dijangka memulakan semula pengeluaran dan pembungkusan gula pada 4 Jun 2021.

Pengeluar gula itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, semua kelulusan yang diperlukan daripada pihak berkuasa dan badan pengawas yang berkaitan telah diperoleh apabila kerja dan prosedur telah diperakui memenuhi pematuhan penuh dengan keperluan piawaian industri dan polisi terutamanya dalam aspek keselamatan dan kualiti.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM Syed Feizal Syed Mohammad berkata penambahbaikan tersebut bukan sahaja akan meningkatkan kadar penggunaan (UF) pengeluaran secara signifikan malah dilihat sebagai langkah proaktif bagi mengelakkan daripada berlaku sebarang gangguan di luar jangkaan.

Advertisement

Beliau berkata pelan itu juga tidak menjejaskan keuntungan syarikat.

“Sementara itu dalam tempoh tersebut, MSM masih dapat memenuhi permintaan jualan dengan menggunakan stok gula sedia ada di MSM Johor dan MSM Prai Bhd.

“Walaupun terdapat sedikit gangguan dalam segmen eksport, is hanya memberikan impak minimum di mana nilai kontrak kekal tidak terjejas,” kata Syed Feizal sambil menambah proses penghantaran telah dijadualkan semula bersama pelanggan tetap syarikat.

Advertisement

Pelan penambahbaikan tersebut telah dipercepatkan lebih awal sebagai sebahagian daripada penambahbaikan strategik syarikat dalam memperkasakan kecekapan dan mempertingkat kadar penggunaan di MSM Johor.

Penutupan sementara tersebut bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan yang telah dirancang di samping mensasarkan peningkatan dalam kebolehupayaan operasi dan ketersediaan stok.

Kapasiti pengeluaran tahunan MSM Johor kekal sebanyak 1 juta tan setahun dan akan terus merekodkan peningkatan berterusan dengan peningkatan hasil daripada 89 peratus kepada 92 peratus dan peningkatan OF daripada 16 peratus kepada 22peratus bagi suku pertama 2021 berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Advertisement

Secara progresif, MSM Johor dijangka mencapai sasaran 50 peratus kadar UF minimum menjelang suku ketiga 2021, sejajar dengan kerja-kerja pelan penyelengaraan yang dipercepatkan itu.

“Kita akan akan terus memanfaatkan prospek MSM Johor sebagai salah satu strategi utama bukan sahaja dalam mengoptimumkan lebihan kapasiti, tetapi juga untuk menaik taraf sebagai pusat penapisan berintegrasi dengan penghasilan lebih banyak produk-produk bernilai tambah,” kata Syed Feizal.

Beliau berkata, usaha dalam menembusi segmen pasaran baharu dengan penaiktarafan kapasiti bagi produk bernilai tambah seperti Gula Cair dan Gula Sirap disasar meningkatkan kadar UF di MSM Johor sebanyak 14 peratus.

Advertisement

Ini turut membuka peluang kepada MSM untuk meluaskan kehadiran dalam pasaran global di pelbagai pasaran serantau yang berpotensi sebagai pengeluar gula berintegrasi bertaraf dunia, katanya.

“Pembangunan variasi produk melalui MSM Johor juga akan memperkukuhkan kebolehupayaan operasi dan sekali gus mempertingkatkan hasil dan pengeluaran,” kata Syed Feizal.

Menurut MSM, is terus optimis dalam mengekalkan momentum dan mengecapi nilai yang menguntungkan bagi tahun ini disertai risiko yang minimum di sebalik kekangan yang tidak dijangka serta cabaran pasaran.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top