BM | EN | 中文

MSAN DIAKTIFKAN SEMULA UNTUK KENAL PASTI SUMBER AIR BARU DAN MELINDUNGI SUMBER AIR SEDIA ADA

gmbr-fail-jimmy-puah-1.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 27 NOV : Kerajaan negeri akan mengaktifkan semula Majlis Sumber Air Negeri (MSAN) dalam mengenal pasti sumber air baru dan melindungi sumber air sedia ada.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata, kerjasama berkenaan akan dilakukan bersama Jabatan Pengairan Saliran (JPS) dan Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ).

“MSAN ini akan dianggotai oleh pakar-pakar yang terdiri dari pihak akademik mahupun korporat bagi memastikan kelestarian bekalan air pada masa hadapan lebih terjamin.

Advertisement

“Selain usaha daripada operator bekalan air, kerajaan negeri dan kerajaan pusat juga telah mengambil inisiatif melaksanakan beberapa projek.

“Ia bagi mengatasi masalah kekurangan air akibat cuaca kemarau dan juga melalui tekanan pertambahan permintaan yang tinggi disebabkan pertambahan penduduk dan pembangunan pesat di sektor industri dan komersial,” katanya.

Jimmy (PH-Bukit Batu) berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Osman Sapian (PH-Kempas), Abdul Taib Abu Bakar (BN-Machap) dan Muhammad Taqiuddin Cheman (PH-Pulai Sebatang) di Mesyuarat Ketiga (Belanjawan Johor 2020) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-14 di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Advertisement

Terdahulu ketiga-tiga Adun bertanya apakah langkah diambil kerajaan negeri dalam memastikan bekalan air sentiasa mencukupi dan tindakan terhadap syarikat konsesi untuk menjalankan kerja bekalan supaya lebih efisien serta menambahbaik lagi.

Jimmmy berkata, Ranhill SAJ juga berusaha mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW) daripada 25 peratus turun kepada 23.9 peratus.

“Selain itu, rakyat perlu sedar akan kepentingan dan perlu menggunakannya secata berhemah.

Advertisement

“Adalah digalakkan agar rakyat mula mengurangkan penggunaan air terawat daripada 220 liter perkapita kepada 210 liter perkapita. Pengurangan 10 liter perkapita ini membolehkan penjimatan 81.72MLD,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top