BM | EN | 中文

Mr Deejay Burger rangkul Juara Zamburger

deejay.jpg

Mr Deejay Burger (dua,kiri) bersama para pemenang lain dalam pertandingan Juara Raja Zamburger yang julung kali diadakan

Advertisement

KULAI, 11 FEB: Zakaria Abu Bakar muncul sebagai Juara Raja Zamburger yang julung kali diadakan di Hotel Zamsaham, Senai, baru-baru ini.

Kemenangan itu melayakkan Zakaria yang lebih dikenali sebagai Mr Deejay Burger membawa pulang pulang hadiah wang tunai RM5,000, pakej umrah, gerai burger, trofi dan hamper.

Manakala, tempat kedua dan ketiga, masing-masing dimenangi Fadlan Apandi (Burger Abang Lanun) dan Noor Hafizi (Mello Burger).

Advertisement

Mereka masing-masing membawa pulang wang tunai RM2,000 dan RM1,000, trofi serta hamper.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Exco Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar.

Turut hadir; Pengasas Zamburger, Norizam Tukiman.

Advertisement

Sementara itu, Norizam berkata, penganjuran pertandingan berkenaan merupakan inisiatif untuk menghargai sumbangan anak-anak muda yang kini bergelar sebagai usahawan berjaya dalam perniagaan burger.

“Semoga program yang dianjurkan ini akan terus mendapat sambutan dan dapat menarik minat anak-anak muda untuk berkecimpung dalam dunia perniagaan iaitu 9/10 punca rezeki adalah perniagaan,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top