BM | EN | 中文

MPPG RAIH ANUGERAH EMAS DI ICQCC

ICQCC-3.jpg

PASIR GUDANG, 30 SEPT : Dua pasukan yang mewakili Majlis Pembandaran Pasir Gudang (MPPG) berjaya raih anugerah EMAS di International Convention On Quality Control Circles (ICQCC), Tokyo, Jepun.

Pasukan Top Stage dari Jabatan Kawalan Bangunan dan pasukan Sapphire dari Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta berjaya menambat hati panel penilai dalam kemuncak ICQCC pada 25 September lepas.

Masing-masing menampilkan EZ-BSD dan SAPPHIRE-Z sebagai produk inovasi yang membolehkan mereka meraih anugerah berkenaan.

Menurut Yang Dipertua Majlis Pembandaran Pasir Gudang, Zainor Adani, ini adalah kali kedua MPPG menyertai acara berprestij yang menghimpunkan 370 buah pasukan dari 16 buah negara seluruh dunia”.

“Penyertaan ini merupakan platform terbaik dalam pembudayaan kualiti bagi MPPG sejajar dengan Petunjuk Prestasi Utama organisasi yang digariskan Pelan Strategik 2015-2020,” katanya.

Malaysia juga turut diwakili Majlis Bandaraya Johor Bahru dalam acara eksklusif tahunan anjuran Union of Japaness Scientists And Engineers (JUSE) dengan kolaborasi bersama Malaysia Productivity Centre (MPC) ini.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top