BM | EN | 中文

MPPG, PAGEMA ADAKAN ‘MOCK DRILL’ PENCEMARAN UDARA DI KAMPUNG TANJUNG LANGSAT

anggota-permas.jpg
Advertisement

PASIR GUDANG, 17 DIS: Mengambil iktibar atas bencana yang berlaku pada Mac dan Jun lalu, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) mengadakan latihan kecemasan dengan senario pencemaran udara, hari ini.

Anggota keselamatan sedang mengambil maklumat mangsa semasa latihan kecemasan yang diadakan.

Latihan kecemasan tahunan itu diadakan dengan kerjasama Pasukan Bantuan Kecemasan Bersama Pasir Gudang (PAGEMA).

Pegawai Tadbir MPPG, Sharif Idros berkata, latihan kecemasan tahun ini memberi fokus kepada penduduk Kampung Tanjung Langsat.

Advertisement

“Latihan ini melibatkan senario dimana penduduk kampung terdedah kepada pencemaran udara daripada tapak pelupusan sampah berhampiran.

“Selain bagi mempersiapkan jabatan kerajaan dan PAGEMA dalam insiden berkenaan, ia juga untuk melatih penduduk sekiranya perkara berkenaan berlaku,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan ketika ditemui pada Majlis Perasmian Latihan Kecemasan PAGEMA-CDEX 2019 yang diadakan di Kampung Tanjung Langsat, hari ini.

Advertisement

Hadir menyempurnakan majlis, Ahli Dewan Undangan Negeri Permas, Datuk Seri Che Zakaria Mohd Salleh.

Tambah Sharif, latihan kecemasan seperti itu penting kerana Pasir Gudang merupakan bandar perindustrian dimana beberapa kawasan merupakan kawasan berisiko, antaranya Kampung Tanjung Langsat.

“Latihan kecemasan tahun ini melibatkan seramai lebih 300 orang terdiri daripada agensi kerajaan, anggota PAGEMA serta penduduk setempat,” katanya.

Advertisement

PAGEMA terdiri daripada 125 pemain industri yang beroperasi di sekitar Pasir Gudang serta 25 agensi kerajaan.

Antara agensi kerajaan terlibat termasuklah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top