PASIR GUDANG, 13 JAN: Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) memaklumkan pihaknya akan melanjutkan waktu operasi kaunter di Menara Aqabah, di sini sehingga jam 7 malam pada tarikh tertentu.
Langkah tersebut dibuat bagi memudahkan masyarakat khususnya penduduk Pasir Gudang untuk membuat bayaran cukai harta mereka.
Tarikh lanjutan waktu operasi kaunter itu adalah pada 19 dan 27 Januari, serta pada 2, 9, 16 dan 23 Februari.
Pada tarikh berkenaan, kaunter tingkat 1 Menara Aqabah akan beroperasi bermula pada jam 8 pagi hingga 7 malam.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi talian 07-2513720 atau layari laman web www.mppg.gov.my.
Johorkini