BM | EN | 中文

MPK TAWAR DISKAUN KOMPAUN KESALAHAN LETAK KERETA

diskaun.jpg
Advertisement

KLUANG, 19 DIS: Majlis Perbandaran Kluang (MPK) akan melaksanakan Promosi Diskaun Kompaun Letak Kereta pada kadar sehingga 80 peratus untuk mereka yang melakukan kesalahan meletak kereta di kawasan seliaan pihak berkuasa tempatan itu.

Dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di laman Facebook MPK, kempen pengurangan kompaun letak kereta itu akan diadakan bermula dari 16 Disember 2019 hingga 15 Januari 2020.

Bagi memudahkan orang ramai membuat semakan kompaun, pihak MPK juga akan menyediakan kaunter di Kaunter Letak Kereta, Wisma MPK, Kluang.

Advertisement

Selain itu orang ramai boleh juga membuat bayaran kompaun di Kaunter pejabat Penguatkuasa dan Keselamatan, MPK.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top