BM | EN | 中文

MPH DITUBUHKAN OLEH PENCINTA JAWI

gmbr-hiasan.jpg
Advertisement

Siapa tidak kenal dengan kedai buku MPH? Dengan 29 rangkaian kedai buku ini di seluruh Malaysia, ia menjadi pilihan ramai untuk mendapatkan bekalan buku dan alat tulis.

MPH yang ditubuhkan pada 1890 ini menyimpan suatu kisah yang seharusnya diambil tahu oleh seluruh masyarakat Malaysia.

William Giddlestone Shellabear, seorang bekas tentera British di Malaya, ialah seorang mubaligh Kristian Methodist yang menubuhkan MPH pertama di Singapura untuk menerbitkan karya-karya agama.

Advertisement

Nama asal MPH ialah Amelia Bishop Press. Pada 1893, namanya ditukar kepada American Mission Press setelah kian giat menerbitkan karya bukan agama.

Syarikat ini sekali lagi ditukarkan namanya kepada Methodist Publishing House pada 1906. Akronim MPH berasal dari nama ini dan kemudiannya dikekalkan walaupun namanya berubah lagi beberapa kali sehingga tahun 1960-an.

Akhirnya MPH berpindah milik kepada Syed Mokhtar Al- Bukhary menerusi syarikatnya Jalinan Inspirasi Sdn Bhd pada 2002 menjadikannya milik Malaysia sepenuhnya. Kini ia dikenali sebagai MPH Group Malaysia Sdn Bhd.

Advertisement

Shellabear memiliki minat yang mendalam untuk memahami adat budaya Melayu. Ini disedarinya setelah terpaksa mempelajari bahasa Melayu sewaktu memimpin tentera Melayu.

Shellabear juga pernah berselisih pendapat dengan para mubaligh Methodist yang lain kerana menyarankan kewujudan sekolah Melayu berbanding sekolah Inggeris.

Shellabear banyak menghasilkan karya dalam bahasa Melayu menggunakan tulisan jawi. Sejarah Melayu tulisan Tun Sri Lanang juga ditulis semula dalam versi Shellabear.

Advertisement

Ketika tulisan jawi telah digantikan dengan tulisan rumi di tanah Jawa, timbul kebimbangan di tanah Melayu khususnya oleh Pendita Za’ba.

Walaupun Za’ba mengalu-alukan kedatangan tulisan rumi ke tanah Melayu setelah sekolah Melayu diperkenalkan, beliau menyatakan rasa kecewa apabila mendapati lama-kelamaan tulisan jawi tersisih oleh tulisan rumi.

Trend di Jawa yang mula mengalih tulisan jawi dalam kitab-kitab agama Islam kepada tulisan rumi kemudiannya turut mempengaruhi Tanah Melayu.

Advertisement

Ironinya para mubaligh Kristian di Tanah Melayu pula giat menterjemahkan kitab Injil ke dalam bahasa Melayu menggunakan tulisan jawi.

Naskhah Injil bertulisan jawi hanya siap untuk New Testament pada 1856. Usaha ini dikendalikan oleh Shellabear bermula di Johor.

Pada 1903, beliau pindah ke Melaka untuk tinggal dalam lingkungan orang Melayu bagi menumpukan usaha penterjemahan sepenuhnya. Selepas 10 tahun, barulah Injil Melayu bertulisan jawi diterbitkan.

Advertisement

Naskah-naskah salinan kitab Injil dalam tulisan jawi ini tersimpan di British Library, London pada hari ini.

Shellabear juga menghasilkan karya perkamusan Bahasa Melayu dalam tulisan jawi. Kecintaannya terhadap budaya Melayu telah mengubah persepsinya mengenai amalan Islam dalam kehidupan orang Melayu.

Usaha dakyah mereka menjadi sukar kerana setelah Shellabear mengenali orang Melayu di Melaka, beliau mendapati bahawa orang Melayu amat sukar dipisahkan daripada agama Islam.

Advertisement

Justeru, Shellabear ingin mengajak para mubaligh Kristian mencari persamaan dalam ajaran Islam dan Kristian untuk merapatkan jurang antara dua penganut agama ini di Tanah Melayu.

Walaupun tujuan asal Shellabear adalah untuk menyebarkan fahaman Kristian di kalangan orang Melayu, usahanya dalam memahami budaya tempatan perlu dihargai.

Hanya sebahagian masyarakat Cina yang berbahasa Melayu mengikuti ajaran Kristian sedangkan orang Melayu tidak menerimanya. Cita-citanya untuk menubuhkan gereja Melayu Kristian pun akhirnya berkubur.

Advertisement

Usaha dalam bidang sastera Melayu sebaliknya berjaya meyakinkan British agar tulisan jawi masih digunakan bersama-sama tulisan rumi di sekolah Melayu. Hatta selepas kemerdekaan, tulisan jawi masih digunapakai.

Kisah ini jelas membuktikan bagaimana tulisan jawi itu berkait rapat dengan budaya tempatan negara kita. Dengan terkuburnya peranan tulisan jawi, ia secara langsung melunturkan sedikit demi sedikit jatidiri anak watan.

Mujurlah ia menjadi isu hangat baru-baru ini. Ia menjadi sebab untuk kita warganegara Malaysia menyemak balik sejarah termasuk kisah Shellabear ini sebagai pengajaran. Semoga isu ini dapat membuka mata semua dan mampu mengembalikan identiti anak watan yang sebenar.

Advertisement

 

RUJUKAN

https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=http://www.internationalbulletin.org/issues/2002-01/2002-01-028-hunt.pdf&ved=2ahUKEwjvkpa3z97lAhWgILcAHflQDWY4ChAWMAJ6BAgHEAE&usg=AOvVaw2c9cgd0hFrNjp3at19hqdt
https://iamlejen.com/more-than-just-a-bookstore-heres-what-you-have-to-know-about-mph/
http://www.arkib.gov.my/en/web/guest/persada-kegemilangan-bahasa-melayu?p_p_id=56_INSTANCE_Oj0d&p_p_lifecycle=0&p_p_state=normal&p_p_mode=view&p_p_col_id=column-inner-3&p_p_col_count=1&page=8
https://en.wikipedia.org/wiki/William_Shellabear

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top