BM | EN | 中文

MPBP lancar borang kaji selidik tahap kepuasan pelanggan

mpbp-2-01-scaled.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 28 JAN: Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) kini sedang berusaha untuk memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan sedia ada.

Kajian tersebut adalah bertujuan mengenalpasti tahap kepuasan pelanggan sebagai maklum balas bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh MPBP kepada penduduk di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) ini.

Justeru itu bagi mencapai tujuan tersebut, orang ramai dipelawa untuk melengkapkan borang kaji selidik kepuasan pelanggan ini secara atas talian melalui pautan di laman web berikut : http://www.mpbp.gov.my/ms/mpbp/borang-kaji-selidik-tahap-kepuasan-pelanggan.

Advertisement

Orang ramai hanya perlu melayari laman web tersebut dan menyatakan cadangan dan pandangan yang perlu diberikan perhatian oleh pihak MPBP semasa melengkapkan borang kaji selidik ini.

Antara butiran yang diminta untuk dilengkapkan antaranya hanyalah nama pengirim, tarikh serta pandangan yang akan dikemukakan.

“Borang Kaji Selidik Kepuasan Pelanggan yang terdapat di pautan ini bagi tujuan mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan Majlis Perbandaran Batu Pahat kepada pelanggan,” kenyataan MPBP dipetik.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top