BM | EN | 中文

MPBP kenal pasti 800 kilang haram beroperasi di daerah itu

IMG-20200220-WA0007.jpg

Kamalludin (tiga, kanan) pada sidang media yang diadakan di bilik MPBP, di sini.

Advertisement

BATU PAHAT, 20 FEB: Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) telah mengenal pasti sebanyak 800 kilang haram beroperasi di daerah ini melalui operasi khas yang dijalankan sejak tahun lepas.

Yang Dipertua MPBP, Kamalludin Jamal berkata, kilang-kilang haram itu beroperasi di kawasan Minyak Beku, Parit Bilal dan Parit Besar berdekatan Jalan Kluang di sini.

“Pemeriksaan menunjukkan bahawa kilang-kilang tersebut beroperasi di tanah dengan status pertanian selain menjalankan operasi di kedai-kedai serta di kawasan kediaman.

Advertisement

“Walaupun beberapa kilang beroperasi di zon perindustrian, mereka tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak berkuasa,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan pada sidang media yang diadakan di MPBP, di sini.

Kamalludin berkata, pihaknya telah menyerahkan borang kebenaran perancangan ‘Kemudahan Pelan’ (KM) kepada 318 pemilik kilang serta pemilik tanah dan premis.

Advertisement

“Ia supaya pemilik kilang dapat merancang operasi kilang dengan betul mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

“Kesemua 318 kilang yang terlibat proses pemutihan diberikan masa sehingga 15 Mac ini untuk mengisytiharkan operasi kilang masing-masing,”katanya lagi.

Beliau juga menegaskan bahawa MPBP tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang tidak mematuhi peraturan, termasuk merampas atau merobohkan kilang tersebut.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top