BATU PAHAT, 2 JUN: Sekiranya kembali kepada Pakatan Harapan (PH) memiliki jaminan dan sokongan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan lebih kuat, maka meninggalkan Perikatan Nasional (PN) merupakan suatu pilihan.
Demikian dinyatakan ahli parlimen Sri Gading, Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh dalam kenyataan yang disiarkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bersatu Armada melalui laman Facebook mereka awal hari ini.
“Andaikata saya perlu meninggalkan PN dan kembali kepada PH dan disitu ada jaminan bahawa Bersatu akan kuat dan terus hidup, maka saya sedia lakukan,” katanya.
Malah kata Shahruddin beliau sedia meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerjaraya demi memperkukuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Dalam kenyataan itu Shahruddin turut mempersoalkan keabsahan gabungan PN sama ada lengkap dengan Perlembagaan dan pendaftaran oleh pendaftar pertubuhan (ROS).
“Pada saya, PN adalah sekadar nama badan persatuan tidak rasmi gabungan ahli-ahli parlimen yang bersetuju Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
“(Namun), PN bukan gabungan parti-parti.
“Apatah lagi saya belum lihat, kaji dan berbahas sedalam-dalamnya perlembagaan PN yang telah dibawa ke Perhimpunan Agung Khas atau setidak-tidaknya ke MPT dan telah sama-sama kita putuskan Bersatu telah bersetuju masok PN? soalnya.
Sebaliknya kata Shahruddin, PH adalah gabungan sah dan telah pun lengkap berdaftar dengan ROS.
“Sepanjang ingatan saya, PH adalah badan sah didaftar dengan ROS dan ada sijil pendaftarannya,” kata Shahruddin yang juga setiausaha agung pertama parti itu.
Dalam pada itu beliau turut meminta ahli-ahli Bersatu memberikan jawapan tentang kedudukan parti itu berdepan pilihanraya umum (PRU) ke-15.
BACA: “Masa rampas kerajaan Johor ada fikir mahu bubar DUN?”
“Cuba saudara berikan jawapan yang seikhlas-ikhlasnya kepada saya.
“Saya sekarang adalah ahli Parlimen Sri Gading. Adakah PN atau PH yang akan memberikan laluan mudah tanpa bahas untuk menerima siapa juga calon Bersatu bertanding di Parlimen Sri Gading di PRU ke-15 nanti? PN atau PH?
“Itu juga adalah jawapan kepada satu soalan paling pokok. Lebih selamatkah Bersatu dalam PN atau dalam PH?
“Saudara jawab,” kata Shahruddin lanjut. – Johorkini
Like, Subscribe, Follow & Share
Sokong portal media & berita dari Johor
Tepat – Informatif – Kreatif
Youtube http://youtube.com/c/JohorkiniTV
Telegram https://t.me/johorkinimy
Twitter https://twitter.com/myjohorkini
Instagram http://instagram.com/johorkini.my
Website http://johorkini.my
Facebook http://facebook.com/jkini.my