BM | EN | 中文

MP Simpang Renggam, Johor Bahru antara buat laporan terhadap Azam Baki

azam-baki-rasuah.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 8 JAN: Ahli parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dan ahli parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir antara beberapa ahli parlimen PKR yang membuat laporan polis terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki semalam.

Ia susulan pengakuan bahawa akaun sekuritinya digunakan oleh adik beliau bagi membeli kepentingan dalam beberapa syarikat.

Selain kedua mereka ialah Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (Lembah Pantai) dan Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya) membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini.

Advertisement

Ahmad Fahmi ketika ditemui wartawan selepas membuat laporan polis itu, berkata mereka mahu siasatan menyeluruh dijalankan terhadap Azam di bawah Seksyen 25 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA), Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 3, 2002 serta menyiasat sumber dana yang digunakan dalam pembelian saham berkenaan.

Fahmi berkata pihaknya juga menuntut agar Azam direhatkan sebentar daripada memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM sementara siasatan dijalankan.

“Jika terbukti beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan selepas siasatan dijalankan beliau boleh terus menyambung perkhidmatannya,” katanya.

Advertisement

Fahmi turut meminta supaya siasatan dilakukan oleh badan ketiga atau badan bebas seperti Parlimen yang merupakan satu institusi bebas dan suara rakyat, Polis Diraja Malaysia atau Suruhanjaya Siasatan Diraja.

Terdahulu, Akmal Nasrullah dilaporkan Bernama mendesak agar siasatan dijalankan terhadap sumber wang yang digunakan oleh adik Azam dalam membeli saham berkenaan.

Sebelum ini tular di media sosial dakwaan Azam memiliki kepentingan dan pemilikan saham dalam beberapa syarikat.

Advertisement

Azam pada sidang media pada Rabu berkata dalam penjelasannya kepada panel Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), akaun saham beliau digunakan oleh adiknya untuk membeli saham-saham di pasaran terbuka dengan pembiayaan sendiri.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dalam kenyataan semalam menyebut akan mendapatkan penjelasan daripadaa Azam selain mengesahkan kenyataan yang dibuat serta mengumpulkan bukti berkaitan akaun dagangan saham miliknya yang digunakan oleh adiknya, Nasir, bagi pembelian saham pada 2015.

Menurut kenyataan itu di bawah Seksyen 25 SICDA, setiap akaun sekuriti yang dibuka dengan depositori pusat mesti menggunakan nama pemilik manfaat sekuriti yang dideposit atau atas penama yang diberi kuasa atau dibenarkan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top