BM | EN | 中文

MP Simpang Renggam bangkit isu status ‘ombudsman’ KPM, pindaan AUKU

maszlee-malik-auku.png
Advertisement

SIMPANG RENGGAM, 1 OGOS: Ahli parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik meminta kerajaan mengemaskini status cadangan penubuhan ‘ombusdman’ atau organisasi penampan bebas antara kerajaan dan institusi pendidikan tinggi (IPT).

‘Penampan bebas’ itu menurut Dr Maszlee adalah organisasi bebas yang dilantik Yang Dipertuan Agong bagi memantau usaha pemantapan IPT di negara ini.

“Disember 2018 lalu Dewan yang mulia ini telah mencatat sejarah negara kerana pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Univerisiti (AUKU 1971) melalui pemansuhan Seksyen 15(2)(c) diluluskan sebulat suara oleh ahli dewan.

Advertisement

“Dalam kad laporan pencapaian Kementerian Pendidikan Malaysia 2019 telah dinyatakan laporan akhir program pemantapan sistem tadbir urus dan pengharmonian Akta Pendidikan Tinggi sedang dalam proses diteliti dan dilaksanakan.

“Laporan itu terkandung banyak saranan perubahan dalam agenda reformasi pengajian tinggi demi meletakkan Malaysia setaraf negara-negara maju yang lain.

“Antaranya ialah fungsi kerajaan dalam menentukan halatuju pendidkan tinggi termasuk meletakkan had kuasa menteri pengajian tinggi terhadap institusi-institusi pengajian tinggi dalam negara,” kata Maszlee.

Advertisement

Beliau berkata demikian dalam perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat, pada Isnin, 27 Julai.

Dr Maszlee yang juga bekas menteri pendidikan berkata, turut disentuh dalam laporan itu adalah soal autonomi kewangan dan formula baru pendanaan yang lebih mapan.

“Termasuk dibincangkan juga ialah keperluan wujudnya organisasi penampan bebas antara kerajaan dan IPT yang dilantik oleh DYMM Yang Dipertuan Agong.

Advertisement

“Saya menyorot ini semua untuk membentangkan bagaimana banyak usaha perubahan sistem dan urus kendali sedang giat berjalan, malah ia berada dalam fasa terakhir untuk dilaksanakan sebelum kerajaan bertukar,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top