BM | EN | 中文

MP Sekijang ziarah dan turun padang, serah bantuan kepada golongan memerlukan

natrah-sekijang-ziarah.jpg

Ahli parlimen Sekijang, Natrah Ismail (kiri) menziarahi beberapa keluarga yang ditimpa kemalangan dan kematian, baru-baru ini

Advertisement

SEGAMAT, 12 OGOS: Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail turun padang menyerahkan bantuan berupa barangan keperluan harian dan sumbangan kewangan kepada keluarga yang menghadapi musibah kemalangan dan kematian di sekitar kawasan parlimen ini.

Dalam program sehari penuh baru-baru ini, beliau menziarahi dua buah keluarga yang mengalami kemalangan dan sebuah keluarga yang mengalami kematian.

Menurut Natrah, keluarga yang menghadapi kematian melibatkan seorang ibu yang melahirkan anak kembar di Kg Batu Hampar, di Jalan Temenggong, Segamat.

Advertisement

“Seorang daripada bayi kembar itu (lelaki) telah mengikuti ibunya untuk pulang ke alam barzakh. Al-Fatihah. Bayi kembar yang kedua (perempuan) berada dalam keadaan sihat, Alhamdulllah.

“Kami telah menyampaikan bantuan berupa makanan kering dan juga wang untuk meringankan sedikit beban yang dihadapi keluarga yang terdiri dari lapan orang anak, sementara bapa mereka mengambil upah membuat rumah sekiranya diperlukankan,” katanya.

Ziarah kedua melibatkan sebuah keluarga yang menghadapi musibah kemalangan jalanraya di jalan Segamat – Labis pada 3 Ogos melibatkan enam kenderaan termasuk sebuah motosikal.

Advertisement

Manakala ziarah ketiga melibatkan seorang ayah dan anaknya yang kemalangan.

Menurut Natrah, anak mangsa yang cedera pada kedua-dua kakinya bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini dan terpaksa mengambil cuti.

“Pihak AP Sekijang meminjamkan dua buah kerusi roda kepada bapa dan anak ini untuk memudahkan mereka bergerak di dalam rumah.
“Sumbangan bahan makanan kering dan wang tunai juga disampaikan untuk meringankan sedikit beban dihadapi keluarga.

Advertisement

“Semoga semua yang terlibat dengan kemalangan tabah dan sabar menghadapi dugaan ini. Kami turut mendoakan agar kesemua mereka cepat sembuh,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top