BM | EN | 中文

MP Sekijang dakwa disogok, SPRM buka kertas siasatan

Natrah-Ismail-MP-Sekijang.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 10 MAC: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor mengesahkan membuka kertas siasatan berhubung dakwaan tawaran rasuah RM10 juta kepada Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias berkata, beberapa saksi sudah dikenal pasti dan sudah serta akan dipanggil untuk dirakam percakapan.

“Satu kertas siasatan telah dibuka bagi mengesahkan aduan berhubung tawaran rasuah sebanyak RM10 juta sebagaimana yang dilaporkan dalam Facebook Ops Johor berkenaan Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail mendapat tawaran wang RM10 juta untuk beliau lompat parti,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Advertisement

Azmi turut menggesa agar semua pihak tidak membuat sebarang andaian berhubung perkara ini sehingga siasatan selesai dijalankan.

“Sekiranya mana-mana pihak yang mempunyai apa-apa bukti atau keterangan baharu sila hubungi SPRM untuk tindakan selanjutnya.

“Selain saksi yang dikenal pasti, rakaman percakapan ke atas Natrah juga dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Advertisement

Ahad lalu, Natrah membuat laporan kepada SPRM berhubung cubaan pihak tertentu untuk mendapatkan sokongannya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Natrah ahli parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat laporan itu di SPRM Cawangan Segamat.

Terdahulu, tular di media sosial dakwaan dua individu bertemu dengan Natrah dan cuba menyogok beliau supaya berpaling tadah daripada PKR dengan nilai tawaran RM10 juta selain dijanjikan jawatan.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top