BM | EN | 中文

MP Segamat sertai Bersatu, jadi wakil rakyat bukan bumiputra tunggal dalam parti

edmund-santhara.png

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Edmund Santhara (Gambar Ehsan Malaysiakini / Mukhriz Hazim)

Advertisement

SEGAMAT, 7 OGOS: Ahli Parlimen Segamat Dr Santhara Kumar mengumumkan penyertaannya ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ia menjadikan Santhara sebagai ahli bersekutu dan satu-satunya ahli parlimen Bersatu bukan bumiputra.

Beliau turut menjelaskan penyertaannya ke dalam Bersatu atas prinsip dan kerelaan dirinya sendiri.

Advertisement

Santhara turut menyifatkan faktor Bersatu yang lebih terbuka kepada semua kaum selain berteraskan Perlembagaan negara mendorongnya menyertai parti berkenaan.

“Saya terbuka hati tanpa tekanan atau paksaan dari mana-mana pihak, saya menyertai parti Bersatu dan saya telah mendapat restu daripada rakan-rakan perjuangan saya, Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamarudin,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Santhara turut mengesahkan dia telah menyerahkan borang keahliannya kepada Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin di bangunan Parlimen pada 5.50 petang, semalam.

Advertisement

Terdahulu, Bernama melaporkan Santhara sebagai berkata, bahawa beliau tidak keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebaliknya dipecat susulan prinsipnya ketika itu yang mempertahankan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

Santhara kemudian menyokong Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri sebelum ini.

Beliau kini memegang jawatan sebaga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top