BM | EN | 中文

MP pembangkang termasuk dari Johor bidas Umno mahu pilihanraya ketika kes Covid-19 meningkat

kenyataan-bersama-14-mp-pembangkang-pru-15.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 JAN: Seramai 13 ahli parlimen pembangkang dan seorang senator membidas Umno kerana berterusan menuntut pilihan raya diadakan dalam keadaan negara mencatatkan peningkatan kes Covid-19 dan banjir buruk di beberapa negeri.

Mereka berkata negara kelmarin mencatatkan 1,741 kes baru Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 120,818, manakala beberapa negeri pula kini dilanda banjir yang buruk dan sehingga kini lebih daripada 15,000 rakyat Malaysia telah dipindahkan.

“Peningkatan jumlah pengangguran terkini dan penyusutan pendapatan kepada banyak keluarga semasa tempoh pandemik ini semakin membimbangkan.

Advertisement

“Dengan mempertimbangkan semua perkara ini, kami begitu terkejut dengan permintaan berterusan oleh UMNO menuntut mengadakan pilihan raya dalam keadaan seperti ini,” menurut mereka dalam kenyataan.

Empat ahli parlimen dari Johor yang menyokong kenyataan tersebut adalah Salahuddin Ayub (Pulai), Yeo Bee Yin (Bakri), Teo Nie Ching (Kulai) dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar).

Turut menyokong kenyataan bersama itu Darell Leiking (Penampang), Mohd Azis Jamman (Sepanggar), Hannah Yeoh (Segambut) Baru Bian (Selangau), Sivarasa Rasiah (Sungai Buloh), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu), Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud), Mahfuz Omar (Pokok Sena) dan Khalid Samad (Shah Alam).

Advertisement

Tambahnya, parlimen baharu sahaja meluluskan belanjawan berjumlah RM322.5 bilion iaitu belanjawan terbesar dalam sejarah negara yang kononnya untuk memerangi Covid-19.

“Hampir tiga minggu selepas belanjawan yang sepatutnya mesra rakyat ini diluluskan, UMNO mahu menggunakan pilihan raya sebagai muslihat terakhir untuk merebut lebih banyak kuasa dengan mengorbankan kesejahteraan, keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia.

“Mereka telah memperlihatkan kepada kita semua diri mereka yang sebenar.

Advertisement

“Semua ini mengingatkan kita kepada perkara ini, Najib Razak pernah menggesa ahli-ahli UMNO mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekalipun,” menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu lagi, rakyat Malaysia mesti menolak cita-cita jahat dan sikap mementingkan diri demi kuasa.

“Kita telah cukup banyak kehilangan masa bertahun-tahun akibat salah laku pentadbiran dan rasuah.

Advertisement

“Negara ini perlu segera dirawat dan masa untuk merawatnya adalah sekarang,” jelas kenyataan itu lagi.

Media pada 3 Januari lalu melaporkan, parti Umno mahu pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan dengan segera bagi memastikan pembentukan kerajaan baharu yang memperoleh mandat rakyat.

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu perlu dilaksanakan dengan mengambil contoh negara luar yang melakukan pilihan raya dalam situasi pandemik wabak itu.

Advertisement

Bagaimanapun kata Zahid, prosedur operasi standard (SOP) perlu diutamakan bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top