BM | EN | 中文

MP Pasir Gudang santuni perantau Sabah dan Sarawak, serah sumbangan sempena Krismas

Krismas-2020-Sabah-Sarawak-Pasir-Gudang-Hassan-Karim.png
Advertisement

PASIR GUDANG, 25 DIS: Sambutan Hari Krismas tahun ini sudah tentu berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya terutamanya kesan pandemik Covid-19.

Namun ia tidak menghalang tradisi ziarah ahli parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim dan petugas pusat khidmatnya bagi menyerahkan sumbangan kepada perantau Sabah dan Sarawak yang menganut agama Kristian.

“Ramai anggota masyarakat Sabah dan Sarawak beragama Kristian tinggal di Pasir Gudang.

Advertisement

“Bersempena perayaan Krismas maka para sukarelawan dari Pejabat Ahli Parlimen Pasir Gudang telah mengedarkan sumbangan beg makanan kepada mereka.Tanda ingat dan prihatin,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Penyerahan sumbangan dilakukan di beberapa kawasan di Pasir Gudang antaranya di Taman Scientex, Taman Air Biru, Kg.Pertanian Masai, Tasek 64 Bandar Seri Alam, Flat Ketapang Taman Rinting, Kota Puteri, Taman Megah Ria dan Permas Jaya.

Selain sukarelawan dari pejabat ahli parlimen Pasir Gudang, hadir sama Ketua Parti Amanah Pasir Gudang, Syed Othman Abdullah.

Advertisement

Dalam perkembangan lain, pejabat ahli parlimen Pasir Gudang turut membantu seorang penduduk, Dharmalingam Nallathamby yang tinggal seorang diri di Flat Permas Jaya 7.

“Baru-baru ini dia dibuang kerja kesan dari pandemik Covid-19. Kini beliau tinggal dengan menyewa rumah.

“Sebaik mendapat makluman tentang nasib Dharmalingam maka para sukarelawan dari aejabat ahli parlimen Pasir Gudang telah datang ke rumah beliau untuk menghulurkan serba sedikit bantuan bagi meringankan beban hidupnya,” ujarnya lanjut.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top