BM | EN | 中文

MP Pasir Gudang cadang SPRM tubuh j’kuasa, siasat pendedahan “Kertas Pandora”

hassan-karim.png
Advertisement

PASIR GUDANG, 15 OKT: Ahli parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim mencadangkan kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas terdiri daripada beberapa badan kerajaan bagi menyiasat pendedahan Kertas Pandora oleh Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ).

Dalam kenyataan hari ini Hassan berkata, perkata itu telah dicadangkannya dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKRM) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabat Speaker Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim hari ini.

“Saya telah mencadangkan dalam mesyuarat tersebut supaya SPRM menyiasat pendedahan di dalam Pandora Papers yang menyatakan, antara lainnya bahawa antara tahun 2004 hingga 2014 terdapat seramai 1,500 orang rakyat Malaysia yang telah menyimpan harta mereka dalam bentuk wang, saham dan modal di pusat-pusat pesisir luar (offshore centre) seperti Singapura dan British Virgin Islands yang dianggap sebagai tax haven, yang tidak dikenakan cukai yang kesemuanya harta rakyat Malaysia itu yang dapat lari dari radar sistem percukaian Malaysia, ditaksirkan sebanyak RM1.8 trillion atau RM1,800 bilion,” kata Hassan dalam kenyataan.

Advertisement

Hassan yang juga ahli jawatankuasa (JKRM) mencadangkan SPRM bekerjasama dengan Pejabat Peguam Negara (AGC), Polis Diraja Malaysia (PDRM),Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk dibentuk satu jawatankuasa penyiasat bersama, seperti yang dilakukan kerajaan terhadap siasat terhadap skandal 1MDB.

Hassan Karim menghadiri mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKRM) SPRM

“Saya juga mencadangkan supaya SPRM dan jawatankuasa penyiasat bersama itu mendapatkan kerjasama kerajaan asing seperti Singapura dan lain-lain seperti yang pernah kerajaan buat dalam mendapatkan balik wang negara sebanyak lebih RM14 bilion ringgit yang diselewengkan dalam skandal 1MDB.

“Dalam isu Pandora Papers ini, kerajaan juga boleh lakukan seperti apa yang dilakukan dalam isu skandal 1MDB,” kata Hassan.

Advertisement

“Banyak wang wegara yang merupakan harta rakyat dapat dikembalikan ke Perbendaharaan negara jika pendedahan Pandora Papers tersebut disiasat ke akar umbi didakwa dan dibawa ke Mahkamah.

“Jalan seribu batu bermula dengan langkah pertama.

“Langkah pertama ialah saya mencadangkan SPRM memulakan siasatannya,” kata Hassan lagi.

Advertisement

Kertas Pandora merujuk kepada pendedahan pemillikan aset kewangan luar pesisir, yang turut melibatkan menteri, timbalan menteri dan hartawan Malaysia.

Ia merupakan pendedahan fail kewangan sulit sebesar 2.94 terabyte kepada ICIJ yang kemudiannya memberi akses kepada rakan-rakannya, media termasuk di Malaysia.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top