BM | EN | 中文

MP Parit Sulong letak jawatan Menteri Pengajian Tinggi

noraini-ahmad.jpg

Gambar Ehsan Bernama

Advertisement

BATU PAHAT, 6 OGOS: Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad yang juga ahli parlimen Parit Sulong menjadi anggota kabinet terbaru daripada Umno meletakkan jawatan.

Beliau dalam kenyataan hari ini mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah memberi peluang kepadanya untuk berkhidmat sebagal Menterl Pengajlan Tinggl dl dalam Kerajaan Persekutuan.

“Namun, berdasarkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada 3 Ogos 2021, saya sebagai Ketua Wanita UMNO, akur dengan keputusan parti dan meletak jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi, ahli jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan berkuatkuasa serta-merta.

Advertisement

“Keputusan parti akan dilaksanakan ketika Partimen bersidang.

“Saya percaya, kita telah berusaha melakukan yang terbaik dalam menguruskan negara mendepani pandemik Covid-19 yang telah menjejaskan kehidupan manusia di seluruh dunia. Usaha ini akan saya teruskan walaupun tidak lagi menjadi Menteri Kabinet Persekutuan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama warga Kementerian Pengajian Tinggi dan semua pemegang taruh berkaitan Kementerian yang banyak membantu saya melaksanakan tugas,” katanya dalam kenyataan.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top