BM | EN | 中文

MP LEDANG DILANTIK PENGERUSI PKR JOHOR

B6D636BF-0A81-492D-8E0F-0B69B50ED2BB.jpeg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 30 SEPT: Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh dilantik menjadi pengerusi PKR negeri Johor bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Hassan Abdul Karim.

Beliau merupakan salah seorang dari tiga nama yang disebut-sebut bakal menjadi pengerusi parti di Johor susulan dari perletakan jawatan Hassan, yang juga ahli parlimen Pasir Gudang.

Perkara tersebut diumumkan oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas beliau mempengurusikan satu mesyuarat khas bersama kesemua ketua-ketua cabang PKR Johit, di kediamannya, di Petaling Jaya, petang tadi.

Advertisement

“Dalam mesyuarat tersebut proses undi rahsia telah diadakan dan hasil keputusan yang dicapai memperlihatkan kesemua Ketua Cabang melantik Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh sebagai Pengerusi menggantikan Hassan Abdul Karim.

“Semoga pelantikan ini dapat meneruskan kesinambungan kecemerlangan KEADILAN di Johor dan berharap beliau dapat memikul amanah besar untuk menunaikan harapan rakyat bersama pimpinan yang lain,” Anwar berkata dalam satu kenyataan yang turut dimuatnaik ke Facebooknya.

Lantikan Syed Ibrahim, yang juga merupakan ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, dilihat tepat pada waktunya dengan Pakatan Harapan Johor sedang berdepan dengan Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai.

Advertisement

Terdahulu, Hassan melepaskan jawatan selaku pengerusi PKR negeri pada 12 Julai, kali kedua beliau bertindak demikian selepas berbuat perkara sama Disember 2018, namun kembali meneruskan tugas selepas mendapat sokongan dari akar umbi.

Anwar sendiri, dalam satu program di Batu Pahat pada 7 September lalu berkata PKR mempunyai sehingga 12 calon bagi mengisi jawatan yang dikosongkan Hassan.

 

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top