BM | EN | 中文

MP Kluang pelawa dermawan sumbang laptop terpakai, untuk diserah kepada pihak memerlukan

wong-shu-qi-mp-kluang.png
Advertisement

KLUANG, 23 DIS: Ahli parlimen Kluang, Wong Shu Qi mempelawa orang ramai dan dermawan untuk terlibat dalam projek sumbangan komputer riba (laptop) terpakai untuk diserahkan kepada pihak yang memerlukan.

Shu Qi dalam catatannya di laman Facebook hari ini berkata, pihaknya telah menyerahkan bantuan laptop tersebut, namun mendapati masih ada pihak yang memerlukan.

“Kami menerima beberapa permohonan laptop daripada keluarga yang memerlukan kerana mereka terpaksa belajar menggunakan telefon pintar.

Advertisement

“Kaedah pembelajaran ini amat sukar dan mengganggu prestasi pelajar.

“Pihak kami mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin menyumbangkan laptop terpakai kepada pejabat kami untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukan.

“Laptop tersebut mestilah dalam keadaan baik, boleh digunakan dan tiada kerosakan yang teruk.

Advertisement

“Jika ada keluarga yang memerlukan laptop untuk pembelajaran, sila datang ke pejabat kami untuk memberikan rekod.

“Sekiranya terdapat laptop yang boleh disumbangkan, pihak kami akan mengusahakannya sebaik mungkin,” katanya.

Pada Jun tahun ini pusat khidmat parlimen Kluang melalui ‘Program Laptop Sayangi Kluang’ berjaya mengumpulkan laptop atau peranti terpakai untuk didermakan kepada pelajar yang tidak mampu membeli peralatan itu.

Advertisement

Inisiatif itu akan dapat mengurangkan jurang digital terutamanya pelajar yang kurang berkemampuan.

Antara pihak yang mendapat manfaat termasuk dari pelajar daripada kalangan keluarga B40 tidak mampu untuk memperolehi laptop atau peranti sebagai persediaan pembelajaran melalui e-learning.

Johorkini

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top