BM | EN | 中文

MP Kluang kemuka empat cadangan pada sesi konsultasi belanjawan 2022 bersama ahli parlimen muda

MP-Kluang-kemuka-empat-cadangan-pada-sesi-konsultasi-belanjawan-2022-bersama-ahli-parlimen-muda.jpg

Gambar Ehsan FB Wong Shu Qi

Advertisement

KLUANG, 15 OKT: Ahli parlimen Kluang, MP Wong Shu Qi mengemukakan empat cadangan pada sesi konsultasi belanjawan 2022 bersama ahli parlimen muda.

Difahamkan, program itu merupakan sesi libat urus bersama pelbagai pihak terutamanya melibatkan ahli parlimen muda dari kerajaan dan pembangkamg sebagai platform bagi membawa idea dan pandangan ke dalam Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan.

“Antara yang saya cadangkan dalam Sesi Konsultasi belanjawan 2022 bersama ahli parlimen muda antaranya meningkatkan dana bagi SPR untuk menjalankan kempen pendidikan pemilih yang menyasar golongan muda,” kata Shu Qi dalam satu kenyataan.

Advertisement

Beliau turut mencadangkan penyediaan dana bagi semua ahli parlimen untuk mengambil anak muda sebagai intern supaya setiap orang ahli parlimen memberdayakan pemimpin anak muda setempat.

Gambar Ehsan FB Wong Shu Qi

Selain itu kerajaan disaran mencontohi Geran Automasi Pintar bagi meningkatkan peruntukan bagi inovasi mesin pertanian dan perladangan. Kita mesti cari satu jalan keluar bagi masalah kebergantungan pekerja asing dalam sektor sawit kita.

Bagi cadangan keempat, Shu Qi mencadangkan kerajaan melancarkan kempen Celik Digital (Digital Literacy).

Advertisement

“(Ini) supaya pengguna-pengguna telefon pintar mampu menilai kebenaran mesej mereka terima.

“Ini adalah penting untuk kita mencegah aktiviti scam yang mengakibatkan kerugian bilion di kalangan rakyat,” kata Shu Qi lagi.

Hadir sama pada sesi tersebut ialah Timbalan Menteri Kewangan, Mohd Shahar Abdullah, ahli parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim dan ahli parlimen Kangar Noor Amin Ahmad.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top