BM | EN | 中文

MP Kluang, Adun Mahkota sumbang 10,000 pelitup muka kepada Jabatan Penjara Kluang

wong-shu-qi-penjara-Kluang.jpg

Gambar Ehsan FB Wong Shu Qi

Advertisement

KLUANG, 3 SEPT: Ahli parlimen Kluang, Wong Shu Qi dengan kerjasama Adun Mahkota, menyumbangkan 10,000 pelitup muka kepada pihak Jabatan Penjara Kluang.

Dalam satu kenyataan Shu Qi berkata, sumbangan itu sebagai keprihatinan pejabat parlimen Kluang terhadap keselamatan serta kebajikan para petugas dan penghuni penjara Kluang berdepan pandemik Covid-19.

“Pada pagi semalam, saya bersama ADUN Mahkota, Muhammad Said Jonit, telah menghantar 10,000 keping pelitup muka kepada pihak Jabatan Penjara Kluang.

Advertisement

“Sepanjang pandemik ini, saya difahamkan Jabatan Penjara Kluang memerlukan peralatan perlindungan setiap hari dalam kadar yang banyak bagi melindungi semua pegawai yang bertugas.

“Oleh itu, saya telah menempah 10,000 keping pelitup muka untuk para pegawai setelah menerima permintaan daripada pihak jabatan,” kata Shu Qi.

Dalam pada itu Shu Qi memaklumkan, pihaknya turut mendapatkan maklumat dari penjara Kluang untuk dibawa ke sidang parlimen bulan ini.

Advertisement

“Melalui lawatan, saya berkesempatan untuk membincangkan beberapa isu penting bersama Tuan Wan Ramzan Wan Ahmad selaku pengarah Jabatan Penjara Kluang.

“Sudah semestinya, saya akan bawa isu-isu tersebut ke sidang dewan rakyat yang akan datang ini,” katanya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top