BM | EN | 中文

MP Kepong minta AG, Pengarah KKM jawab isu tempoh kuarantin golongan menteri

lim-lip-eng-mp-kepong.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 10 FEB: Ahli parlimen Kepong, Lim Lip Eng meminta penjelasan Peguam Negara sama ada tindakan Menteri Kesihatan memendekkan tempoh kuarantin kepada golongan menteri dilihat sebagai tindakan “ultra vires”.

Lip Eng dalam surat terbukanya kepada Peguam Negara dan Pengarah Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, kuarantin tiga hari kepada golongan menteri dilihat bercanggah dengan tempoh kuarantin yang ditetapkan.

“Sekiranya diteliti dengan mendalam, pemendekan tempoh kuarantin ini dilihat tidak sejajar dengan prinsip ‘satu undang-undang untuk semua (one law for all)’.

Advertisement

“Kedua, adakah ini juga salah satu cara Menteri Kesihatan mengambil kesempatan di atas kelopongan yang wujud di dalam Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)?

“Malaysia sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, mengapakah prinsip ‘asas kesamaan di depan hukum (equality before the law)’ tidak dipratikkan kepada golongan menteri?

“Apakah rasional para menteri mendapat layanan yang berbeza? soal Lim Eng kepada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

Advertisement

Sementara itu dalam soalannya kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Lip Eng meminta penjelasan sama ada pewartaan pemendekan tempoh kuarantin ini merupakan keputusan kolektif KKM.

“Adakah keputusan ini nasihat dari golongan pakar?

“Mengikut garis panduan kuarantin terkini, mana-mana individu yang pulang ke Malaysia setelah mengembara ke negara luar hendaklah menjalani kuarantin bertempoh selama 10 hari.

Advertisement

“Perintah kuarantin selama 10 hari merupakan usaha yang telah dibuktikan oleh kajian saintifik untuk membendung penularan wabak Covid-19,” soal Lip Eng lagi.

“Justeru itu, tiada sebab untuk para menteri untuk menjalani tempoh kuarantin yang pendek, melainkan sistem imunisasi golongan menteri telah ditetapkan secara khas untuk melawan Covid-19.

“Saya berharap jawapan yang kukuh daripada Peguam Negara dan Pengarah Kesihatan atas apa yang telah dibincangkan.

Advertisement

“Jawapan yang bakal diberikan akan membuktikan sama ada kerajaan benar-benar menghormati rakyat atau melihat mereka sebagai tukang undi sahaja,” ujarnya lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top