BM | EN | 中文

MP Johor Bahru persoal kewajaran bina dewan RM35.4 juta di Pagoh ketika rakyat berdepan PKP

Akmal_Nasir_ahli_parlimen_Johor_Bahru_JB.jpg

Ahli parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir (Gambar Ehsan The Star)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 JAN: Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir meminta penjelasan Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin berhubung peruntukan RM35.4 juta bagi membina sebuah dewan di kawasan parlimen Pagoh.

Akmal dalam satu kenyataan hari ini mempersoalkan sama ada terdapat kepentingan politik atau peribadi berikutan peruntukan yang begitu besar untuk membina dewan dengan lokasi khusus di kawasan Pagoh.

“Kenapa jumlah begitu besar untuk bina dewan dan kenapa di Pagoh, adakah terdapat kepentingan politik atau peribadi?

Advertisement

“Bukankah lebih elok keutamaan dana diberikan untuk meningkatkan kemampuan frontliners atau mengurangkan bebanan yang ditanggung rakyat menghadapi Darurat dan PKP?

“Saya rasa tidak menjadi kesalahan untuk sebagai rakyat untuk kita bertanya,” kata Akmal dalam kenyatannya hari ini.

Terdahulu tular hari ini sepucuk surat dari unit penyelarasan pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU) kepada Jabatan Kerja Raya berkaitan perkara itu telah tular di media sosial.

Advertisement

AKmal berkata, jika isi kandungan surat tersebut sahih, apakah wajar untuk mengeluarkan belaja jutaan ringgit untuk sebuah dewan di saat negara sedang bergelut dengan wabak Covid-19.

“Benarkah surat tersebut diutus pada tarikh sama ketika Proklamasi Darurat diumumkan YAB Perdana Menteri?

:Adakah ini bermakna ketika Darurat kerajaan Perikatan Nasional boleh bertindak sesuka hati membelanjakan wang rakyat dalam keadaan Parlimen digantung? soalnya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top